Wednesday, April 26

Apakah telah sampai kepadamu kisah Musa? (Quran 20:9)

Cik Hani | 20:38 | 0Comments |


Nabi Musa al Masih, al Masih digunakan sama seperti Dajjal al Masih disebabkan tiada satu tempat pun yang tak pernah beliau lewati sebagaimana Dajjal kemudian hari, tiada satu tempat terselamat dari fitnahnya Dajjal kecuali tanah haram. Pada suatu zaman dimana terdapat berlakunya kemarau panjang sehingga para pengikutnya meminta dilakukan solat hajat bersama supaya turun hujan. Setelah sempurnakan solat hajat, tiada hujan turun dan berlangsung dialog tuhan & nabi, ditegur tuhan kerna terdapat salah seorang pengikut Nabi Musa yang sudah 40 tahun bermaksiat dalam kalangan mereka. 

Maka Nabi Musa terus bertanya para jemaah siapakah antara mereka menjadi penyebab terhalang rahmat daripada Allah? Tiada seorang pun mengaku dan mereka sekali lagi melakukan solat hajat, maka turunlah hujan seperti yang dihajati. Ditanya Nabi Musa, bagaimana hujan boleh turun? Allah menjawab, si pemaksiat itu telah bertaubat dan taubatnya diterima Allah. Siapakah orang tersebut? Balas Allah, dia telah bermaksiat selama 40 tahun tidak aku dedahkan aibnya, kenapa kini Aku perlu dedahkan dirinya kepada engkau?

Hadis Baginda Rasulullah; Allah simpan aib seseorang selagi mana seseorang itu tidak mendedahkan aibnya. Hadis lain pula, ada manusia yang keseorangan melintasi padang pasir, kehilangan untanya yang membawa makanan dan minumannya untuk terus hidup. Terus berputus asa, cari pokok berbuat berteduh, tertidur lalu terjaga semula mendapati untanya serta keperluan ada dihadapan mata. Boleh bayangkan rasa gembira dia? Dalam hadis tersebut digambarkan Allah gembira menerima taubat seseorang melebihi gembiranya manusia tadi. 


No comments:

Post a Comment