Thursday, December 3

Dipukul hingga terjaga...

Cik Hani | 16:56 | 2Comments |




ASSALAMMUALAIKUM..


Tuhan, jadikan kehidupan itu dengan mempunyai tujuan. Dalam tujuan itu, dijadikan pula ujian. Tanpa ujian, kita tidak akan kenal erti kehidupan. Tanpa ujian dan kehidupan, kita pasti tidak kenal siapa itu Tuhan.

Jauh perjalanan, tiba-tiba kita tersesat jalan. Maka, kembalilah ke pangkal jalan. Kembali ke pangkal jalan itu, bukan bermaksud kita berundur. Tetapi, baliklah kepada Tuhan.

Kita perlukan Tuhan untuk meneruskan perjalanan. Kita perlukan Tuhan untuk memperbaiki kehidupan. Kita perlukan Tuhan, kerana kita ini hanyalah insan.

Tiba-tiba, rezeki hadir untuk kita. Walau tidak kita sangka, kita gembira menerima seadanya. Bagai diberi bunga mawar yang indah lagi wangi harumannya.

Syukur dan puji-pujian pada Tuhan yang MAHA ESA. Begitu juga dengan ujian. Ia pasti akan hadir untuk kita. Kekadang, ujian menerpa tanpa kita sangka. Dahulu yang gembira, kita berubah sekelip mata.

Dahulu pernah kita leka, kini bagai terasa dipukul sehingga kita terjaga.








2 comments:

  1. syukur kpd Allah krn kita masih bernyawa ... salam ukhwah . dtg dr blog meeya techik .

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam.. mekaseh sudi singgah :)

      Delete