Friday, October 23

Hidden Feeling.

Cik Hani | 19:42 | 0Comments |


ASSALAMMUALAIKUM..


Bila yang kau nampak.
Cuma senyum lembut yang terukir di bibir.
Tapi yang kau tak tahu.
Hatinya.
Entah berapa banyak air mata yang mengalir. 

Dan bila yang kau dengar terucap di bibir.
Cuma kata ‘tak apa’ dan ‘tak kisah’ atas apa saja yang orang kata.
Ditambah dengan riak muka yang selamba.
Hatinya.
Entah sekuat apa dia cuba mengawal rasa dari terbias keluar pada riak muka.

Dari kata ‘tak apa’ dan tak kisah’ dia.
Dari senyum lembut dan manis gulanya.
Carilah cuba untuk kau faham.
Memang ada soalan tanpa jawapan.

Mencari jawapan.
Buat kau jumpa lagi banyak persoalan.
Dan bila kau tanya ‘kenapa?’
Maka akan terus bersambung dengan ‘kenapa?’ yang panjang.




No comments:

Post a Comment