Sunday, September 6

nothing lasts forever.

Cik Hani | 21:32 | 0Comments |

“kau tahu tak?”

“tahu apa?”

“aku belajar sesuatu pasal hidup.”

“apa benda tu?”

“dalam hidup ni kita kena belajar mencintai pilihan yang kita buat. learn how to preserve with things, kata orang putih. don’t throw away things just because you find something good ahead.”

“wow.”

“wow kan? kadang-kadang pilihan terberat kita bukanlah ketika membuat pilihan. tetapi setelah kita dah buat pilihan tu. kadang-kadang bila kita dah buat pilihan yang kita rasa baik, tiba-tiba di depan sana, ada pilihan yang lebih baik. masa tu la kita akan diuji.”

“betul, betul. aku setuju.”

“kalau kita asyik nak tukar pilihan sebab asyik jumpa yang lebih baik, kan membazir. dan selamanyalah takkan mencukupi apa yang kita ada.”

“a'ah.”

“rumit betul kan.”





-CIKHANI-

No comments:

Post a Comment