Sunday, September 13

Aku Janji.

Cik Hani | 16:13 | 5Comments |


ASSALAMMUALAIKUM...


Kebanyakkan kita berjanji bila keadaan tu tak berlaku lagi.

Kita berjanji akan setia.
Kita berjanji kita akan tetap sama-sama.
Kita berjanji kita akan maintain-kan apa yang kita rasa sampai bila-bila.
Kita berjanji semuanya akan sama.
Kita berjanji yang kita tak boleh tak ada sesama kita.

Dan masa pun berlalu. 
Tuhan mula uji satu persatu. 
Adakah kita masih macam dulu?
Adakah rutin kita masih sama macam selalu?
Adakah kita masih bercakap dan berbual macam dah tak cukup waktu?
Adakah kita ni masih relevan untuk bersatu?

Aku tak suka berjanji sebab aku tau satu hari nanti, semuanya akan lain. Walaumacamana kita mempertahankan kenyataan bahawasanya tak ada apa yang berubah termasuklah sayang.. Tapi percayalah, orang yang kau taburkan janji-janji kau dulu paling senang nampak apa yang berubah. 
Mungkin masa berjanji tu kasih sayang tengah berada di puncak, seminit pun rasa rindu, tak jumpa 2-3 hari pun rasa hidup bercelaru habis dah. 
Sebab tu orang kata, jangan berjanji masa bahagia.

Kita, mungkin tak berubah.
Tapi keadaan yang berubah.




5 comments:

  1. salam singgah jalan2 di sini dik hani...

    ReplyDelete
  2. waalaikumsalam.. terima kasih sudi singgah ye :)

    ReplyDelete
  3. perkataan janji sungguh bahaya kadang tu boleh kecewakan sesorang

    jemput baca entri
    WATERPARK

    ReplyDelete