Saturday, August 29

Aku Dan Perasaan

Cik Hani | 01:00 | 0Comments |


Hye..
dah lama rasanya tak update blog.
korang apa khabar?
hani harap korang tak pernah jemu
untuk singgah ke blog buruk ni.

Blog hani tubuh ni,
untuk sesuka hati je sebenarnya.
tapi entah kenapa makin hari, 
makin minat nak menulis.
cuma sejak beberapa dekad ni,
terlalu sibuk dengan kerja.

Sampai nak update blog pun,
terlalu payah nak cari masa tu.

So malam ni, tiba-tiba rasa rindu.
rindu nak menulis,
adakah korang sudi untuk meluangkan sedikit masa?
masa untuk membaca diari yang membosankan ni?
hehehe. 

Ceritanya gini................

Tadi magrib, lepas aku balik dari kerja...
mama duduk tepi aku.
sambil tengok astro oasis.
mama cakap sambil-sambil je.

"Mama teringin sangat nak pergi sana dengan abah kau"

Aku toleh. aku diam. menunggu bicara seterusnya.
sebenarnya bukanlah baru pertama kali mama berbual begini dengan ku.
tapi, dah banyak kali. dan jawapan yang sama aku selalu beri; 
"Belum ada rezeki , ma.."

Tapi sekarang, mama dan abah ada rezeki untuk ke sana.

Siapa yang tak nak ke sana? aku sendiri pun nak..




"Tak apa ke ipah tinggal kat rumah ni sorang? mama dengan abah pergi kejap je"

Masa tu, aku dah tahu apa yang ada dalam fikiran mama.
mama risau keadaan aku. yela, aku anak perempuan. belum berkahwin lagi.

"Takpe, mama pegi jela dengan abah, ipah boleh duduk sorang, inshaAllah"

Aku tak mahu mama susah hati, biar mama pegi sana dengan abah dalam keadaan tenang.
jangan risaukan tentang aku, pandai-pandaila aku bawa diri nanti.

Tiba-tiba hati aku jadi sedih dan sayu.
aku harap sangat agar mama pergi dan balik dalam keadaan selamat.
aku tahu mama dan abah ke sana untuk menunaikan rukun islam ke 5.

mama dan abah betul betul hendak ke sana.
separuh hati rela, separuh tak..
sebab aku tak tahu kenapa hati aku sedih...

Sedih bakal ditinggalkan dalam beberapa hari...
mungkin... sebab aku anak bongsu.. hehee...

mungkin mainan perasaan je..
aku belagak tenang.

"Nanti tahun depan mama dengan abah dapatlah pergi haji..sikit masa lagi.."

kata ku sambil tersenyum. tenang. 
mama membalas senyuman ku.

Aku tahu mama tenang bila mendengar..

Ya Allah, moga Kau perkenankan doa ibubapa ku,
yang telah membesarkan ku dengan penuh kasih sayang...

ma, ipah sayang mama...
ipah sayang abah juga sangat-sangat..
kalau boleh, dua-dua ipah tak nak hilang...






Okaylah, sampai sini saja luahan hati dan perasaan den,
semoga ketemu lagi.... :)





.CikHani.




No comments:

Post a Comment