Saturday, July 4

"Hati Mudah Berubah"

Cik Hani | 15:13 | 1Comments |




Ketika kita patah hati, merasa kecewa, mungkin sebenarnya itu adalah salah kita sendiri. Kita sendiri yang menaruh kepercayaan. Kita sendiri yang  menumbuhkan harapan. Ketika seseorang berkata, kita begitu istimewa baginya. Ketika seseorang berkata, kita adalah hadiah terbaik untuknya. Kita terlalu menganggap serius ucapannya. Merakamnya dalam ingatan dan menyimpannya dalam bentuk perasaan.

Mungkin kita lupa, bahawa keadaan boleh berubah. Orang boleh berubah. Begitu juga dengan perasaannya.

Sehingga ketika kita merasakan adanya perubahan, pelan-pelan kita mulai merasa terganggu. Mulai takut kehilangan. Mulai berfikir yang bukan-bukan. Hingga akhirnya kita menyakiti hati sendiri kerana adanya anggapan-anggapan yang kita buat sendiri. Bahkan boleh jadi, hal itu juga menyakiti hatinya. Lalu akhirnya kita benar-benar kehilangan. Kita bertanya-tanya ini salah siapa. Padahal boleh jadi ianya berpunca dari salah sendiri.

Mungkin kita menyayangi dengan terlalu. Sehingga hati kita didominasi oleh selain-Nya. Allah juga bolehcemburu kan? Dan mungkin, itulah jalan-Nya untuk membawa kita kembali kepada-Nya. Untuk mengosongkan hati kita dari mereka yang mendominasi hati kita selain-Nya. Dan dari sini, alangkah baiknya jika kita boleh mengambil sedikit pengajaran. Menyayangilah dengan sewajarnya. Tidak perlu kita menyayangi dengan sepenuh hati. Kerana jika begitu, lalu dimana Allah kita letakkan di dalam hati kita? Menyayangilah dengan sewajarnya. Kerana hati mudah berubah. Mungkin hati kita tidak berubah, tapi hati orang lain? Siapa yang boleh menjamin bahawa orang lain akan menyayangi kita selamanya? Bahawa kita akan selalu istimewa di dalam hatinya?

Jangan lupa. Hati mudah berubah. 
“People change. That’s it.”

1 comment:

  1. Hati manusia.. sukar tuk diduga.. kejap itu kejap ini.. huhu

    ReplyDelete