Sunday, March 15

TAHUKAH ANDA?

Cik Hani | 10:44 | 6Comments |




Tahukah anda bahawa wang hantaran perkahwinan itu adalah hak lelaki untuk beri berapa dia mampu sebagai HADIAH dan bukannya hak perempuan atau keluarga perempuan nak tetapkan (seolah-olah paksa) berapa jumlahnya supaya lelaki berikan kepada mereka. Dan hantaran duit mahupun hantaran barangan tidak wajib.

Lain kedudukan dengan mas kahwin (mahar), ia adalah hak perempuan sepenuhnya dan sebaik-sebaik mahar ialah seperti yg dianjurkan Nabi. Mas kahwin adalah wajib walau sebentuk cincin besi.

Dan tahukah anda bahawa tanggungjawab membuat walimah sebelah pihak perempuan walau majlis kecil adalah tanggungjawab ayah perempuan (wali). Namun jika bakal suami bermurah hati untuk menaja atau kongsi, itu adalah lebih baik jika wali tidak mampu.
Mudahkan perkahwinan, hayati kebahagiaan, moga diberkati.


6 comments:

  1. perkara yang semakin tidak dititik beratkan, terima kasih atas perkongsian.

    ReplyDelete
  2. sepatutnya mcm ni...hee..tapi skrg ni terbalik dah.. apapun..kebahgiaan berumah tangga diutamakan...

    ReplyDelete