Friday, February 20

HARGA DIRI

Cik Hani | 16:12 | 4Comments |


Apa erti punya rumah besar jika hati sempit? Apa makna penampilan yang indah tapi berhati busuk? Apa guna harta menimbun tapi hati selalu berasa miskin? Memang, segala-galanya bergantung kepada hati kita sendiri.

Sayang seribu sayang kita amat sibuk memperindah rumah, tubuh, penampilan, tapi tidak pernah sibuk memperindah kalbu. Kita sibuk memperkaya diri tapi jarang memperkaya hati. Maka tidak hairan kalau hidup ini hanya perpindahan dari derita kepada sengsara, dari gelisah kepada nestapa, dari resah kepada musibah. Seperti tiada berpenghujung walaupun sudah pergi ke tempat manapun, memiliki apapun, memakan segala apapun.

Nabi Muhammad SAW bersabda, 'Ketahuilah bahawa dalam tubuh ini ada segumpal daging yang kalau baik maka akan baiklah sekujur tubuhnya, begitupun kalau buruk maka akan buruklah seluruh sikapnya, itulah yang dinamakan kalbu.' (HR. Bukhari Muslim)

Umpama mimpi di siang hari jika kita ingin meraih kebahagian sejati tanpa mengetahui bagaimana cara hidup dengan memelihara kalbu kita ini. Kita tidak akan pernah merasakan kebahagiaan walaupun kemuliaan tanpa kesungguhan bertakhta di hati.

Salah satu busuknya hati kita apabila sudah tertipu dalam mencari harta. Seakan hidup ini hanya akan mulia dan terjamin dengan banyaknya wang, sehingga tidak peduli lagi halal haramnya. Manakala bagi yang tidak memiliki wang bertimbun juga tidak kurang kesilapannya. Ada segelintirnya yang mencari jalan pintas, sehingga kesudahannya selain tidak berharta juga tidak punya harga diri!

Justru sering kita saksikan orang jadi hina dan sengsara oleh limpahan harta dan kedudukannya sendiri yang kerana diperolehnya dengan cara yang tidak benar. Sepatutnya, jika harta tidak banyak maka perkayalah batin kita sehingga tetap terhormat.

Orang yang kais pagi makan pagi boleh jadi lebih mulia dan terhormat jika menjaga harga dirinya. Maka, jangan menghinakan diri menjadi orang yang minta-minta, apa lagi memeras tenaga orang dengan cara yang tidak halal. Percayalah rezeki dari Allah sangat melimpah.

Singsingkan lengan lebih serius, simbahkan keringat kerja keras di jalan yang halal, di sampingi ibadah dan doa yang sungguh-sungguh. Jangan risau tentang cemuhan orang tentang harta atau rumah kita yang sederhana dan tidak berharga. Yang penting kita dapat mewariskan yang termahal untuk keluarga, anak-anak dan persekitaran kita, iaitu hidup dengan memiliki harga diri.



4 comments:

  1. subhanallah bestnya kata kata cik hani :)

    inshaaAllah :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih sahabatku, sayidah :)

      Delete
  2. Manusia tu terpaksa menjadi selfish untuk terus hidup serba mewah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. selfish yg boleh membawa kepada kesengsaraan/ penderitaan itu tidak bagus

      Delete