Saturday, February 7

Don’t Cry Over The Fading Flower.

Cik Hani | 22:32 | 0Comments |

Dia duduk di hujung taman. Ada sebuah bangku yang menghadap ke tasik luas. Di belakangnya orang sedang berjoging, ada yang berlari, malah ada yang sedang melakukan tai-chi.
Dia cuma mahu duduk menikmati keindahan alam. Bangku di sebelahnya yang kosong, sekarang diduduki oleh dua orang gadis. Seorang dari mereka menangis. Di tangan gadis itu ada sekuntum mawar yang telah layu.
Dia berimaginasi sendiri. Tentang tulisan. Tentang kenangan. Tentang apa-apa saja.
" Don’t cry over the fading flower. " Bisik hatinya.
Jangan memandang mawar yang gugur kelopaknya dengan rasa sedih…kerana itu takdir sekuntum bunga ; harus ada yang gugur sebelum kembali mekar.
Sama macam takdir manusia. Jangan bersedih jika keindahan atau kebaikan yang kita ada hari ini ditarik pergi. Sudah takdirnya tak ada apa di dunia ini yang abadi. Mungkin itu sebagai satu peringatan dan ujian untuk kita terus membaiki diri.
Nothing last forever, either happiness or sorrow.
Bila Tuhan ambil sesuatu yang sangat kita sayang, bukan bermaksud Tuhan benci atau mahu menghukum. Tetapi Tuhan mahu kita sedar, sesuatu yang DIA akan kasi pada esok hari atau nanti, mungkin lebih baik dari apa yang kita ada pada hari ini. Itu pun kalau kita sabar dan tak berputus harap pada-Nya.
Dia tersengih sendiri. Dan bangun untuk pulang ke rumah.
Jangan tangisi sesuatu keindahan yang hilang kerana hidup ini berkitaran, tak selamanya kekal pada yang indah kadang perlu juga hadir kesedihan untuk lebih mendekatkan kita pada-Nya.
Jangan memandang mawar yang gugur kelopaknya dengan rasa sedih…kerana itu takdir sekuntum bunga ; harus ada yang gugur sebelum kembali mekar.


Petikan: Sumber.

No comments:

Post a Comment