Wednesday, February 4

Dear Hati...

Cik Hani | 10:40 | 0Comments |
Hati.
Aku kurang pasti.
Sama ada aku kagum,
atau aku kecewa denganmu.
Kecewa, kerana sifatmu yang sebegitu rapuh.
Mudah sekali kau kalah. Salah aku ke?
Kagum, kerana kau masih mampu berfungsi dengan baik.
Biarpun setelah berkali-kali kau terluka dan berdarah.
Rebah, tersungkur. Semua kau tempuh!

Hati,
Kau tahu, ada waktunya aku tidak jujur denganmu.
Ada saatnya keinginanmu , aku abaikan.
Ada saatnya kemahuanmu, turutkan.
Bilamana keinginanmu aku abaikan,
bukan bererti aku tidak sayang.
Tapi kerana aku sudah terlebih sayang!
Kau harus aku jaga baik-baik.
Kau tahu itu bukan?

Hati,
Usah bersedih kala rasamu itu tidak aku tunaikan.
Ingat, siapa yang pegang kau dan aku.
Semestinya bukan aku.
Tapi DIA. DIA adalah Tuhan kita yang menciptakan.
Bergantung saja pada DIA ya?
Bukankah DIA sebaik baik penjaga?
Yakin , itu kuncinya......

CIKHANI


No comments:

Post a Comment