Sunday, February 1

Book Review: PATUNG ( Penulis Novel: Muhammad Fatrim )

Cik Hani | 10:50 | 2Comments |
Assalammualaikum semua pembaca blog sekalian,
diharap anda anda semua sentiasa berada dalam keadaan sihat,
dari segi mental atau fizikal... tapi harap-harap dua-dua okay .. heee.

Okay, hani baru habiskan membaca novel terbitan ke-2 Ayim di FIXI.
Pada yang baru tahu, novel pertama Ayim yang pertama di FIXI bertajuk;
ASRAMA. 

Hani nak buat review tentang PATUNG, ringkasan je.. inshaAllah tak meleret.
Patutnya semalam lagi hani dah habis baca novel ni, tapi sebab banyak sangat skip..
melayan kerenah rakan-rakan di group whatsapp kami, iaitu FOXO PUNYA CERITA. hahaha.





Tahniah ayim! di atas novel terbaru PATUNG.
Ikhlas hani memberi pendapat tentang novel ni, boleh di kategorikan sebagai karya yang best.
Tapi dari segi seram tu.. belum ada lagi.. cuma ada juga naik bulu roma masa baca.
Dalam novel PATUNG ni banyak buat hani berfikir. dan hani akui, beberapa bab awal, hani sukar nak 'tangkap' apa sebenarnya yang terjadi pada Orked. 

PATUNG mengisahkan Orked yang kehilangan keluarganya. 
Dan mempunyai kawan baik bernama, Julia.
Selepas kematian keluarganya, Orked duduk di banglo kepunyaan neneknya. 
Dia di temani oleh Aspalela. Pelbagai bunyi yang di dengari oleh Orked, 
antaranya nyanyian versi JAWA.
Orked tidak tahan, kerana asyik di ganggu.
Orked membuat keputusan, untuk duduk di kuaters kepunyaan Julia.

Melur. anak patung yang sentiasa orked bawa ke mana-mana. 
PATUNG kesayangan mawar, adik kandung orked.

Hani ingat, orked ni 'gila' atau sebenarnya dia dah 'mati' 
tapi semuanya meleset sama sekali! hahaha. rupa-rupanya... orked BUKAN orked.
 Bab awal terlalu lembab otak hani nak proses untuk mengetahui apa yang berlaku.
Bila tiba nak ke bab-bab terakhir tu, barulah hani faham siapa Orked yang sebenarnya.

Bab dekat nak akhir-akhir, ayim ada selitkan
'flash back' kisah MELUR. kisah ORKED. 
Yang menariknya , Ayim ada juga selitkan
mengenai "Sarah" & "Dahlia"
dalam tu pada bab yang terakhir.

siapa Dahlia? siapa Sarah? siapa baca ASRAMA,
boleh tahu .. ada kaitan dalam novel PATUNG ni.. 

Okay, hani tak boleh cerita lebih-lebih.. kalau nak tahu,
kena dapatkan NOVEL PATUNG ni. hehehe.

Overall, Jalan ceritanya menarik dan tidak meleret - leret. 
bahasanya mudah di fahami dan tidak berbelit-belit. hehehe...
yang penting bagi hani tetap best.. unsur seram tak sangat... pada awal je seram,
lepas tu tak ada. maksud hani, seram macam bulu roma je menegak.. hihihi..
ini pendapat hani, tak taulah kalau orang lain.
hehehe. hani tulis apa yang hani rasa je.

Hani beri 4 ( **** ) bintang untuk novel PATUNG ni  :)

Okaylah, nanti hani buat review lagi,

bye, bye ,
CIKHANI

2 comments:

  1. sambungan dari asrama eh novel nie. dah baca asrama. nanti boleh lah usha novel patung pulak. tq untuk review ekekeke

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah.. dapatkan asrama dulu, baru patung hehe..
      sama-sama :D

      Delete