Wednesday, February 4

Apa Yang Kita Lalui..

Cik Hani | 19:56 | 4Comments |



Apa yang kita lalui, itu adalah apa yang telah Allah takdirkan untuk kita.
apa yang telah kita alami itu menjadi sesuatu yang sangat istimewa buat kita.

Peristiwa yang pernah membuat kita ketawa, menangis, gembira mahupun sedih. Orang lain mungkin tak akan pernah tahu namun, mungkin ada insan lain yang melalui perkara yang sama tapi “rasa” itu tak akan sama kerana keadaan kita berbeza.

Biarlah andai jalanan kehidupan kita tak sama seperti insan lain. Redhalah andai ketentuan perjalanan kita tidak seperti orang lain. Siapa tahu, perbezaan itulah yang membuat kita “istimewa”. Pelik dipandangan manusia namun istimewa pada nilaian Tuhan .


4 comments: