Friday, February 20

antara realiti dan fantasi

Cik Hani | 23:45 | 4Comments |

kawan
letih juga jadi isteri orang ni.



saya
letih pulak. best apa. ada teman.

kawan
tu la masalahnya. ramai sgt orang kahwin yang highlight pasal yang best je.

saya
yang tak bestnya apa. cuba cite.

kawan
hehe. banyak dear.

saya
mm.. banyak. tapi kan dah lama kenal suami. lagi senang kan?

kawan
tu pun silap jugak tu. bila dah kawin ni lain. lagi nampak true colourseven my hubby pun cakap "bila kawin, baru saya tahu awak macam ni"


Kita mesti lebih realistik apabila berbicara soal perkahwinan? Toleransi? Menerima kelebihan kekurangan seadanya? Hm, saya mula (sengaja) berfikir jauh melepasi batasnya. Tertanya, bagaimana pula nanti saya dengan  ________ (sila isi tempat kosong).

Sudikah nanti dia, mendengar cerita-cerita saya. Pertanyaan-pertanyaan kecil saya. Kerisauan dan kemusykilan hati. Tentang apa yang saya prihatin dan rasa ianya penting. Tentang apa yang terlintas dalam fikiran, menjadi persoalan yang mahu didengarkan.

Sudikah nanti dia, menemani saya berjam-jam di kedai buku. Melayan rasa teruja saya tanpa jemu. Kerana terlalu banyak buku menarik untuk dimiliki. Kerana kedai buku adalah syurga dunia bagi saya. Kerana diri lebih mudah dipujuk oleh buku berbanding coklat dan bunga.

Mengertikah nanti dia. Saya ini adakalanya, memerlukan sekian-sekian waktu untuk memberikan pandangan, jika ditanya soalan serius tentang kehidupan. Hatta kala saya menggosok gigi, atau ketika melarutkan gula di dalam air pun, saya memikirkan jawapan.

Sudikah nanti dia, mengertikah nanti dia. Untuk selama-lamanya?


SUMBER.



4 comments:

  1. Cik Hani. KD review blog sis :)

    http://kanvasdakwat.blogspot.com/2015/02/review-stella-isle.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. subhanallah.. terima kasih banyak2 KD :)

      Delete
  2. Hidup tak selalu indah ye Cik Hani.

    ReplyDelete
  3. awak di tag.. Jemput join http://primrosebunga.blogspot.com/2015/02/iphone-5s-giveaway-by-syafiqspecki.html

    ReplyDelete