Saturday, January 17

Terima Kasih :)

Cik Hani | 12:23 | 0Comments |
Selamat berhujung minggu rakan-rakan blogger hani.. serta silent readers yang tersayang.. :D
Ke mana destinasi anda hari ni? rancangan nak bercuti ke mana? harap hujung minggu ni memberi makna pada mereka yang sudah berkeluarga. Luangkan masa bersama keluarga. itu yang penting.

Okaylah, just nak share pada semua. mungkin hani dah lama tak update dekat ilham ni. tapi ada juga yang tak jemu baca story morry yang tak habis ni. sekerat je. semalam ada orang pm hani dekat FB. katanya; "Bila nak sambung kisah Nuril Aneesa ni?" . eh best ke cerita tu? haha. apa pun ada juga sudi tanya. tapi pelik juga, kantoi sebab hani yang tulis benda tu. maybe diorang pembaca blog tegar hani. jadi tau la kot hani ada update tentang Nuril Aneesa ni. sebenarnya.. belum ada idea lagi. sebab ni pun tulis dikala kebosanan melanda. tapi tak tau pula ada yang suka baca. hahaha. terima kasih sangat sangat. terharu rasa. nantila. sabar ye. hani pun tengah nak edit balik plot jalan ceritanya. teringin juga nak tengok hasil ciptaan hani ni jadi sebuah novel yang di sukai. minat menulis ni. cuma tula.. bila takde idea nak menulis. biar je lelama dalam lappy tu. baru-baru ni ada update tentang Nuril Aneesa bab 12. tapi rasanya bab 3 hani tak letak dalam tu. terlupa. haha. skip bab la kan...

Yang terbaru ni, hani ada letak novelet juga. tapi tak tau la ramai yang suka baca ke idok. bagilah komen yang positif sikit kan haha. tak kisah pun. ikut pendapat masing-masing lah. hani just share je kat ilham tu. terima kasih yang sudi baca bila menyinggah tu kan... hani segan sebenarnya.. sebab yela kita bukan macam penulis novel yang hebat-hebat tu.. baru je nak bertatih dalam bidang ni.. :)


Tadaaa... nampak tak? hehe.. sudi-sudilah singgah lagi ye.. kalau ada kelapangan.. thanks yang tak jemu-jemu beri semangat pada hani untuk terus menulis.. diorang tau hani minat sangat menulis. tapi tak reti pun.. entah best ke idok cerita-cerita tu.. buat masa ni komen positif pada Nuril Aneesa tu.. negatif tak penah dapat lagi.. hahaha.. okaylah, nanti kita sembang-sembang lagi.. 


CIKHANI

No comments:

Post a Comment