Thursday, January 1

Steamboat BBQ Buffet D'Kayangan

Cik Hani | 11:53 | 0Comments |
HAPPY NEW YEAR buat pembaca blog hani.. !!! 
Apa azam baru kamu semua? apa pun azam korang, yang penting biarlah lebih
manis dari pahit kan.. macam gula dan kopi.. 
tapi kalau tak ada kopi macam tak kena pula :)

So pembaca hani yang comel-comel ni, buat apa je hari ni? duduk rumah? 
atau tengah planning nak ke destinasi makan malam bersama keluarga? 
kalau tak tahu nak ke mana, hani nak syorkan destinasi makan malam di Steamboat BBQ Buffet D'kayangan yang terletak di seksyen 13 Shah Alam ( berdepan dengan restoran tupai-tupai ) .




Pelbagai menu menarik yang di sediakan di Steamboat BBQ Buffet D'Kayangan ni. Pelbagai pilihan makanan laut dan bebola seperti ketam, udang segar, potongan ikan, filet, ayam, kupang, tiram, kerang, kepah, dan banyak lagi bersama minuman percuma sejuk atau panas. Pencuci mulut juga tidak kurang hebatnya dengan buah-buahan, aneka kek, bubur, aiskrim dan ais batu campur (ABC).

Yang menariknya dekat situ, pelbagai jenis ikan ada.. sampai hani pun tak tahu nak pilih yang mana. Terlalu banyak pilihan. Tapi semalam waktu hani datang sana, banyak yang dah habis. Tempat ni memang menjadi kunjungan terutama pada malam perayaan seperti malam TAHUN BARU. Nak datang sana, kena booking awal-awal tahu, sebabnya nanti tak ada tempat untuk korang.. sebab sentiasa full. Pertama kali hani sampai ke sana, dan pertama kali hani tengok punya ramai manusia yang datang. Fuh... 

Hah kalau korang nak tahu konsep restoran ini ialah grill, stim, BBQ dan masakan panas yang disediakan secara buffet. Keistimewaan disini ialah sup tomyam, sup ayam dan sos BBQ dan semestinya kambing panggang setiap hari dan sangat lazat lagi menyelerakan.







Antara pakej-pakej yang di tawarkan di Steamboat BBQ D'kayangan ialah;


ALL YOU CAN EAT (Set 1)
Sizziling Grill + Stimboat + Kambing Panggang + Masakan Panas 
+ Buah +Dessert + Air Sejuk + Teh Tarik. 
HargaDewasa : RM33nett sahaja
Harga Kanak2 (5-12tahun) : RM17nett sahaja

Sesuai untuk mereka yang berkeluarga. Pada yang belum pernah datang, boleh lah buat perancangan ke sini. Tapi ingat tau, sebelum datang, kena booking dulu. Karang menganga je korang tengok. Penat datang jauh-jauh sekali tak dapat makan kan?



Dan.. ini family hani yang turut menjadi peneman hani semalam...
seronok habiskan masa yang terluang ni bersama keluarga, sambil menikmati makan malam di Steamboat BBQ Buffet D'Kayangan...


Yang ini pula.. kalau korang tak kenal, memang pelikla..
sebab ini je sorang bestfren hani yang selalu juga hani cerita tentang dia
dalam blog ni.. hehehe.. Meeya Techik !!! 


bukan hani dan keluarga je yang ada malam tadi,
hani bersama-sama dengan Meeya, blogger budakpacak dan rasul hanipah :)


Restoran ini akan melalui transformasi dengan pengubah suaian restoran dengan menambah ruang yang lebih luas dan juga tempat untuk mengabadikan kenangan bersama rakan dan keluarga pada tahun baru yang akan dating nanti. Masih lagi berkonsepkan steamboat BBQ & Grill tetapi ada kejutan untuk para peminat BBQ Arang. Beberapa item juga akan ditambah didalam hidangan buffet dan hanya yang terbaik akan disajikan kepada pelanggan.

Bermula 5 Disember 2014 ( jumaat) restoran akan 
dibuka pada 5 petang - 2.00 pagi.

Maklumat Lanjut:

Contact: 03-5523 4979
Address: Sri Acappella Servis Apartment Rest.
D'Kayangan,Sri Acapella Servis Appartment. 
No. 1, JLN Lompat Tinggi 13/33m  Seksyen 13, Shah Alam, Malaysia.



Untuk mengikuti pekembangan mereka, korang boleh layari :

Instagram: @dkayangansteamboat






No comments:

Post a Comment