Monday, January 12

Selalu Teringat Pesanan Abah..

Cik Hani | 11:41 | 0Comments |

Tak semua dalam dunia ni apa yang kita nak akan dapat. 
Tak semua dalam hidup ni yang kita impikan tu adalah baik untuk hidup kita. Pada waktu sekarang ini.
Biar belajar susah.

Asal waktu senang kau syukuri nikmat itu. 
Sedang waktu susah itu Dia mahu didik engkau sesuatu. 
Sedang kau tahan nangis waktu susah itu lebih pahala kau kutip tiap kali langkahan.
Ada orang bawak kereta , pandanglah mereka yang bawa motosikal. Syukur masih punya tempat berlindung.

Ada orang bawak motosikal, pandanglah mereka yang hanya naik transport awam. Syukur masih dikurniakan kesenangan.

Ada orang naik transport awam, pandanglah mereka yang berjalan kaki. syukur masih dimudahkan urusan.
Ada orang berjalan kaki, berhujan berpanas terik, pandanglah pula pada mereka yang tidak dikurniakan kaki untuk berjalan. Syukur masih diberi kesempatan merasa punya anggota badan sempurna.
Tunduklah ke bawah dengan kasih sayang bukannya mendongak ke langit tinggi merungut bertanya ke mana hilangnya hujan.

No comments:

Post a Comment