Sunday, January 4

"Road map" menemui Pencipta..

Cik Hani | 15:34 | 0Comments |

Bismillahirahmanirahim,
'Quran itu adalah kitab yang Kami turunkan yang diberkati, maka ikuti dia dan bertakwalah supaya kamu diberi rahmat'.
(Al-An’am, ayat 155)


Kata kuncinya mudah, ‘kamu ikut Quran, maka kamu akan berjaya.’
siapakah darinya yang bergelar hamba, apakah tujuan hidup kita dan siapakah yang sewajarnya kita sembah.


 Menemui jawapan bagi 3 persoalan ini adalah merupakan kejayaan sebenar..
Durian runtuh bagi pembaca Quran!!

1) mengikis perasaan gelisah


Pernah suatu masa sorang sahabat Rasulullah Ibnu Mas’ud di datangi oleh seorang lelaki yang raut wajahnya murung seperti sedang bersedih.
Lalu lelaki itu berkata “wahai Ibnu Mas’ud, berikan kepadaku 1 nasihat yang dapat aku jadikan penawar untuk hatiku yang gelisah ini. Sejak akhir2 ini, perasaanku tidak begitu tenteram, jiwa ku sentiasa gelisah, fikiran ku juga selalu kusut. Aku tidak selera mahu makan, tidur ku juga tidak lena.”

Mendengar itu, Ibnu Mas’ud terus berkata “sekiranya itu penyakit yang menimpa jiwa mu, maka kamu perlu bawa hatimu mengunjungi 3 tempat iaitu, tempat orang membaca Quran samaada kamu membacanya atau kamu mendengarnya, majlis pengajian yang mengingatkan hatimu kepada Allah, cari tempat dan waktu yang sesuai supaya kamu dapat beribadat kepada Allah dengan khusyuk dan tulus ikhlas.”
Inilah ubat sebenar bagi perasaan gelisah..

2) dihujani rahmat Allah

Orang yang berzikir dan membaca Quran itu akan di hujani rahmat Allah.
Dalam kisah yang diceritakn oleh al-Hakim, Rasulullah mendapati 1 kelompok orang sedang berzikir kepada Allah, maka ujar beliau, ” apa yang kamu bicarakan, sesungguhnya aku lihat rahmat Allah sedang menghujani kamu, dan aku juga mahu menyertai kamu sekalian.”

3) dicemburui orang yang baik

Orang yang begitu suka melakukan sesuatu perkara pasti akan cemburu bila orang lain melakukan perkara itu.

"Mereka yang tak berasa cemburu bukan berada dalam perasaan cinta"
Orang yang baik mempunyai kecintaan yang tinggi kepada Quran. Oleh itu mereka pasti berasa cemburu sekiranya melihat orang lain membaca Quran dan mengamalkannya melebihi dirinya..

Pada masa manusia sesat dalam menempuhi lautan hitam dunia ini, Allah tak lupa untuk memberikan petanya kepada kita. Bersyukur la atas nikmat Quran yang telah Allah beri kepada kita dan mohonlah keampunan atas kelekaan kita kerana gagal mengikut peta yang telah Allah berikan kepada kita.

Wallahu’alam…..

No comments:

Post a Comment