Wednesday, January 21

MINORITI YANG BERSYUKUR

Cik Hani | 00:10 | 4Comments |


Pada zaman Sayidina Umar al-Khattab, ada seorang pemuda yang sering berdoa di sisi Baitullah dengan berkata:
"Ya Allah, masukkanlah aku dalam golongan yang sedikit!"
Doa beliau didengari Sayidina Umar yang ketika itu sedang bertawaf di Kaabah. Sayidina Umar berasa hairan dengan permintaan pemuda tersebut.
Selepas selesai melakukan tawaf, Sayidina Umar memanggil pemuda berkenaan lalu bertanya: “Kenapa engkau berdoa sedemikian rupa (Ya Allah, masukkanlah aku dalam golongan yang sedikit!)? Apakah tiada permintaan lain yang boleh engkau mohon kepada Allah?”
Pemuda berkenaan menjawab: “Ya Amirul Mukminin! Aku membaca doa berkenaan kerana aku takut dengan firman Allah: ‘Sesungguhnya Kami (Allah) telah menempatkan kamu sekalian di muka bumi dan Kami adakan di muka bumi (sumber atau jalan) penghidupan. Dan amat sedikitlah kamu bersyukur.’” (Surah al-‘Araf 7: 10)
Kata pemuda itu lagi: “Aku memohon agar Allah memasukkan aku dalam golongan yang sedikit iaitu golongan yang tahu bersyukur kepada Allah.”
Mendengar jawapan itu, Umar menepuk kepalanya sambil berkata kepada dirinya sendiri: “Wahai Umar, alangkah jahilnya engkau? Orang ramai lebih alim daripada kamu”.
Doa yang kedengaran aneh tetapi benar ini telah mengejutkan Sayidina Umar. Doa itu juga sepatutnya mengejutkan kita agar berdoa untuk menjadi goiongan minoriti yang bersyukur. Hanya bersyukur akan mendapat ketenangan di dunia dan kebahagiaan di akhirat. Ini kerana apabila seseorang itu memiliki kekayaan hakiki iaitu kaya hati.
Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: “Bukanlah kaya itu kaya harta tetapi kaya sebenar ialah kaya hati.” (Riwayat al-Bukhari)
Oleh: Ustaz Pahrol Mohamad Juoi (Sukarnya untuk Bersyukur)

4 comments:

  1. Replies
    1. alhamdulillah.. hidup perlu sentiasa bersyukur :)

      Delete
  2. ukurlah kesyukuran kita, bukan kesusahan kita.. am always remember that.. ambil kat kereta org je

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul ena.. sentiasa bersyukur.. itu yg penting.. :)

      Delete