Tuesday, January 6

Ceritera Aku, Akmal & Novel :)

Cik Hani | 20:58 | 0Comments |

Nak buat review tentang penulis novel yang berjaya mengetuk hati dan perasaan hani ketika ini..
yang boleh buat hani tertanya-tanya wujud lagi tak lelaki macam Akmal ni? :D
siapa kenal penulis ni? kalau tak kenal, kenal-kenalkan lah diri dengan meng KLIK blog penulis ni ye; CAHAYA AIN. Hani baru tahu tentang novel ni sebenarnya. Menerusi blog beliau lah.. hehe..

Hani hairan, macam mana hani boleh terlepas pandang novel ni, padahal selama ni, hani selidik juga novel apa yang paling best dekat pasaran... ternyata... huwaa.. i'm fall in love with AKMAL! teruk betul lah penangan novel ni.. kalau lah Akmal tu wujud depan mata... hahahahaa... 

 Hani sukakan watak Akmal dalam cerita ni..
seorang lelaki yang tahu apa yang dia nak dalam hidup dia.. dia berkorban kerana tidak sampai hati melukai hati seorang perempuan yang bergelar ibu. Menderitanya dia kerana terpaksa korbankan perasaan cintanya terhadap Ariana. sedangkan Ariana tidak tahu perkara sebenar. serius nak nangis :(

Tak sangka budak tingkatan 6 , yang perangai macam samseng, keras kepala,
 kepala batu, kuat marah, boleh bertukar menjadi jiwang sekelip mata je! semua sebab CIKGU ARIANA.. 

Dalam novel ni, Akmal caring sangat.. Yang hani hangin sangat dalam novel ni, Ariana masih lagi tak sedar diri dia ni dah lama ada hati dengan Akmal. Dah lama diri dia tu menyayangi lelaki yang bernama Akmal Danish. Ariana masih dihantui bayangan silam..masih punya perasaan pada bekas kekasih dia, Amirul. Bila dia sedar, semuanya dah terlambat.. Sebab? Akmal dah pun nak bertunang dengan orang lain.. adakah masih ada peluang untuk Ariana meraih kembali cinta Akmal?

Dapatkan novel ni menerusi laman sosial milik PENERBITAN FAJAR PAKEER.
sebab dekat kedai atau dekat mana-mana, memang susah nak dapat.. banyak kehabisan stok,
hani di fahamkan, novel ni dah ulang kali cetak, dan paling laris di pasaran!
ketebalannya sebanyak 953 muka surat...

__________________________________

"Berambus" - Akmal
"Not until you explain it..." - Ariana
"I don't care!" - Ariana
"I don't care too!" -Akmal
"Pengecut!" - Ariana
Ariana spontan menutup mulut. 
Dia tahu dia dah melampau kerana wajah Akmal dah macam nak meletup.

"Berani... kau..panggil....aku...pengecut!!!" suara akmal bergema kuat disekeliling bilik itu,
membuatkan Ariana terduduk di sofa.

"Kau nak sangat tahukan, sekarang dengar betul-betul setiap kata-kata aku" bisik Akmal keras.

"Kau buat aku gila! setiap masa, setiap saat, kepala otak aku asyik teringatkan kau! Mana aku pergi, bayang-bayang kau asyik mengekori aku! kau... kau.. buat aku jadi gila!"-Akmal

"Kau nak tahu apa salah kau pada aku?Kau...dah buat... aku gila. Kau tak faham, hah?kau masih tak faham??Aku dah jatuh cinta dengan kau dan kau masih tak faham?Kau buat aku jadi gila bayang asyik teringatkan kau! Dan semua ni salah kau! perempuan bodoh!"-Akmal

"Saya benci awak, Akmal Ikmal Danish. I really hate you so much"-Ariana

"Akmal, tolong jangan tinggalkan saya. Saya tahu yang sudah terlambat untuk saya luahkan sekarang.Tapi...saya...sayangkan awak. Saya..... cintakan awak, Akmal" -Ariana

"Maaf, Ariana. It's too late"-Akmal



Apakah kesudahan mereka? dapatkan satu untuk dijadikan koleksi ;)



-CIKHANI-


No comments:

Post a Comment