Thursday, January 29

Berkongsi.

Cik Hani | 23:08 | 0Comments |


Berkongsi kata-kata yang baik untuk tatapan semua orang adalah satu pemberian yang sangat besar. Bahkan kadang-kadang kita sebenarnya memberikan suatu inspirasi kepada seseorang yang sedang bersedih untuk terus mencari kekuatan dalam kehidupan mereka tanpa kita sedari. Belajarlah untuk menjadi seseorang yang dapat memberikan kebaikan walaupun hanya sekuntum senyuman. Mungkin dengan senyuman itu kita dapat merawat hati mereka yang sedang berduka walaupun hanya sesaat sahaja…

Memberi walaupun sedikit tetap bermakna. 
Tidak perlu penghargaan manusia, kerana Allah itu Maha Mengetahui…
Sedikit yang diberi itu, sebenarnya banyak hikmah yang kita akan perolehi. Lakukan sesuatu itu kerana Allah dan niatkan semuanya untuk kebaikan. InsyaAllah kebaikan jua yang kita perolehi…
Percayalah, setiap yang berlaku dalam hidup kita sebenarnya telah ditakdirkan Allah. Kesusahan, kesenangan, kesedihan, kegembiraan. Kita seharusnya belajar untuk menerima dengan hati terbuka. Allah Maha Mengetahui yang terbaik untuk hambaNYA…
Masakan Allah beri sesuatu yang kita tidak perlukan…
Belajarlah untuk redha, walaupun sedih dan berat untuk ditanggung jiwa…
Bersabarlah, dan terus bersabar…
Allah kan ada… Allah sentiasa ada untuk setiap masalah kita…
Berdoa, bersabar, dan terus berusaha… Pujuk hati kita…
Kita punya Allah yang akan membantu setiap masa…
Semoga apa jua masalah yang dihadapi, kita sentiasa tabah dan kuat….
Dan apabila kita dalam kegembiraan, jangan sesekali kita lupa dan takbur kepada Allah… 

Dan apa jua musibah yang kita hadapi ingatlah…
"Kita milik Allah, dan kepadaNYA jualah kita kembali... "

No comments:

Post a Comment