Thursday, January 8

Aku Suka Ayat Dia

Cik Hani | 23:11 | 2Comments |


kita bertengkar soal yang remeh sahaja.
kita bertelagah soal yang mudah sahaja.
tentang lambat membalas sms.
tentang tidak kata ‘i love you’ di hujung panggilan.
tentang cara bercakap dah tak macam selalu.
kita mula ungkit siapa yang lebih banyak berkorban.
siapa yang lebih cinta siapa.
siapa yang sudah mula berubah.
tiada apa-apa.
kita sebenarnya ok-ok sahaja.
cuma kita rindu sesama kita.
takpa, nanti kita jumpa.

#BukuPuisiSeksi Ovari_Fazleena Hishamudin


Buat Si Dia..:))

diam.
dan perlahan-lahan aku hadam.
ada rindu yang bergayut di pundak kecil hati yang aku pendam.

dan dalam bisik-bisik kecil pada Tuhan.
aku harap kita baik-baik aja.
aku harap kita seperti 2 tahun lebih sebelum segalanya bermula.
aku harap ada akhir yang indah untuk semua.
aku harap segalanya akan seperti yang kita rancang dari mula.
aku harap kau tak lupakan ‘kita’.
dan maaf juga.
kalau kau tak boleh rasa kasih sayang yang aku semai dan tanam untuk kita.
mungkin aku sudah lupa tekniknya.
mungkin belum cukup gembur tanahnya.
mungkin belum cukup kasih yang aku baja.

dan ingin aku kata.
juga mahu kau ingat sama.
aku tak mencari lelaki sempurna.
aku terima apa adanya.
dalam kurang dan lebihnya.
dalam lemah dan kuatnya.
dalam rajuk dan manjanya.
dalam diam dan marahnya.
dalam tawa dan hibanya.
aku tetap disisi tak berkurang seinci.

aku tak minta dilayan seperti puteri raja.
aku juga bukan bidadari syurga.
aku cuma perempuan biasa.
yang tersangat biasa.


I LOVE YOU SO MUCH, ABANG :)

2 comments: