Saturday, January 10

AKU NAK BERUBAH ESOK.

Cik Hani | 23:24 | 0Comments |

Bila Allah hadiahkan hidayah, maka tak ada alasan untuk kita tangguhkan walaupun seminit.
Sebabnya apa? Sebab sekali kita bertangguh, 
bermakna ia akan jadi berkali-kali. Bila sampai hari esoknya, kita kata tak apalah, esoklah. Esok.
Macam contohnya, “Aku nak mula solat esok.”
Bila esoknya, “Esoklah aku solat, penat sangat ni.”
Dan esok serta esoknya dan esoknya lagi masih beri alasan “Esok.”
Lalu sampai tiba hari dimana ‘esok’nya tu kita dalam kubur. 
Baru kita menyesal. “Kenapa bukan semalam?”

No comments:

Post a Comment