Thursday, January 29

ADA CINTA DI SEBALIK SURAH AL-ASHR..

Cik Hani | 22:35 | 0Comments |

Lagi-Lagi berbicara mengenai cinta. Tak akan ada habisnya bila cinta terus dibahas, namun akan jadi ibadah sekiranya jika kita mampu menempatkan cinta tersebut di jalan yang benar. Iaitu di jalan Allah. Cinta kita terhadap Sang Khalik tentu harus melebihi apapun dari apa yang kita cintai. Kenapa demikian?
Cinta kerana Allah itu mempunyai harga sangat mahal yang harus dibayar, dan sedikit sekali yang mahu membayarnya. Apa harga mahal yang harus 14,460

Harga mahal yang harus dibayarkan oleh siapa saja yang mengaku cinta kerana Allah, iaitu; SALING MENASIHATI, sebagaimana firman Allah ta’ala dalam surat 103 Al-‘Ashr.
Jadi, harga mahal yang harus dibayarkan oleh orang-orang yang saling mencintai kerana Allah adalah saling menasihati dengan melakukan amar makruf nahi munkar, iaitu saling mengingatkan dan memotivasi untuk menjadi lebih baik, lebih taat kepada Allah, lebih istiqomah dalam Islam dan Sunnah.

Ath-Thabrani Rahimahullah meriwayatkan dengan sanadnya dari Ubaidullah bin Hisn Abu Madinah, ia berkata: “Bahwasanya apabila ada dua orang sahabat Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wa ‘Ala Alihi Wa Sallam bertemu, keduanya tidak berpisah melainkan salah seorang dari keduanya membacakan kepada yang lain surat Al-‘Ashr sampai selesai, kemudian salah seorang dari keduanya memberikan salam kepada yang lain.”
Al-Imam Asy-Syafi’i Rahimahullah berkata: “Kalau sekiranya manusia mentadabburi (merenungkan dan menghayati) surat ini (Al-‘Ashr), pastilah cukup bagi mereka.”

[Tafsir Ibnu Katsir: 4/657, Tafsir Al-Qasimiy: 9/538 dan Al-Misbahul Munir Fi Tahdzib Tafsir Ibni Katsir, Isyraf: As-Syaikh Shafiyyur Rahman Al-Mubarak Fuuriy, hal 1529].

بسم الله الرحمن الرحيم
{ وَالْعَصْرِ (1) إِنَّ الإنْسَانَ لَفِي خُسْرٍ (2) إِلا الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ (3

Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
1.Demi masa.
2.Sesungguhnya manusia itu benar-benar berada dalam kerugian,
3.Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh
dan nasihat menasehati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran.
Semoga dalam setiap langkah kita, merupakan wujud kecintaan kita kepada Allah. Aamiin.

No comments:

Post a Comment