Thursday, December 4

UJIAN

Cik Hani | 01:20 | 0Comments |

Tatkala disapa ujian dariNya,
Kau rasa dunia tempat yang sesak untuk kau cuba bertahan dalam dada—
Kau rasa sempitnya dunia seolah tiada tempat untuk kau melepaskan lelah walau hanya seketika.

Kau menangis—
Air mata yang jatuh kerana terluka;
Banyaknya tak terkira.

Tapi—
Tiba satu masa;
Kau automatik rasa tenang,
Mengalirnya bagai air sungai yang meluncur laju menuruni denai.
Dan kala itu kau rasa lapang.
Seolah urusan dunia diangkat dari dalam jiwa.

Allahurabbi.
Terima kasih Tuhan.
Tetap Kau tenangkan—
Meski ku terhuyung hayang menghadap beratnya ujian.

Alhamdulillah Tuhan—
Untuk kali ini, sebelumnya dan seterusnya;
Atas tiap apa yang Kau hamparkan dalam perjalanan.


CIKHANI

No comments:

Post a Comment