Thursday, December 4

SUAMI ISTERI

Cik Hani | 20:07 | 0Comments |


Pernikahan atau perkahwinan membuka tabir rahsia

Suami yang menikahi kamu…

Tidaklah semulia Nabi Muhammad SAW.

tidaklah setaqwa Nabi Ibrahim ra

pun tidak setabah Nabi Ayyub ra

atau pun segagah Nabi Musa ra

apalagi setampan Nabi Yusuf ra


Namun suamimu hanyalah lelaki akhir zaman yang punyai cita cita

membangun keturunan yang soleh…


Pernikahan atau perkahwinan mengajar kita kewajiban bersama

Suami menjadi pelindung kamu pula penghuninya…

Suami adalah nahkoda kapal kamu pula navigatornya….

Suami bagaikan seorang yang nakal kamu pula guru kaunselingnya…

Saat suami jatuh kamu menaikkan semangatnya…

Seketika suami menjadi bisa kamulah penawar ubatnya…

Seandainya suami seorang yang lancang sabarlah memperingatkannya..


Pernikahan ataupun perkahwinan mengajarkan kita perlunya iman dan taqwa…

Untuk belajar meniti sabar dan redha ALLAH Ta’ala…

kerana memiliki suami yang tak sesempurna mana…

Namun kamu akan tersentak dari alpa…

kamu bukanlah Siti Khadijah ra yang begitu sempurna didalam menjaga….

pun bukanlah Siti Hajar yang begitu setia dalam sengsara…

Kamu cuma seorang wanita akhir zaman yang berusaha menjadi isteri solehah…


Buat pasangan suami isteri, jagalah hati masing-masing…

Mungkin hari ini si dia tercuai, keesokkan hari kita yang cuai…


Dalam satu keburukan pasangan ada seribu

kebaikan si dia yang kita tidak nampak…

Jadi lihatlah yang seribu itu…bukan yang satu itu…


Hargailah pasangan anda..selagi masih ada waktu…

Ku terima dia seadanya….

SUAMI ISTERI

No comments:

Post a Comment