Tuesday, December 9

ROTI LAPIS DAGING BERKEJU

Cik Hani | 13:51 | 0Comments |

Tengok resepi ni dekat FB.. mungkin kita juga boleh cuba dirumah..
Hani kongsikan pada pembaca-pembaca blog juga ye :)



ROTI LAPIS DAGING BERKEJU

Kredit : azlita masam manis
12 keping roti
3 biji telur
200 ml susu segar
8 keping slice Cheese
Keju Cedar parut
garam secukup rasa

Inti Daging
300 gm daging cincang atau 4 keping daging burger ~ di hancurkan
2 ulas bawang putih ~ cincang halus
1 labu bawang besar ~ di dadu
1/2 peket perencah daging black paper Maggi 
( guna sos black paper Maggi 2 sudu besar )
1 sudu teh lada hitam ~ tumbuk halus ( tambah )
2 batang cili padi ~ hiris halus ( tambah )
1 batang lada merah ~ hiris halus

daun sup dan daun bawang ~ di mayang

sedikit minyak untuk menumis
garam dan gula secukup rasa




Cara-caranya:

1. Panaskan minyak, tumiskan bawang putih dan bawang besar hingga harum
2. Masukkan daging dan goreng hingga daging empuk. Tambah sedikit air jika terlalu kering.
3. Masukkan perencah black paper atau sos lada hitam dan gaul rata
4. Tambahkan serbuk lada hitam garam dan gula secukup rasa.
5. Masak hingga kering dan daging empuk
6. Masukkan lada merah, cili padi, daun sup dan daun bawang gaul rata
7. Tutup api dan biarkan sejuk
8. Mula-mula, sediakan loyang atau bekas pembakar.
9. Oles bekas atau loyang pembakar dengan butter
10. Campurkan telur, susu dan secubit garam dan kocok hingga telur sebati dengan susu
11. Ambil roti dan celupkan dalam adunan susu dan telur tadi
12. Susun dalam loyang pembakar satu lapisan
13. Kemudian ratakan inti daging di atasnya
14, Susukan pula slice chese atas inti daging tadi
15. Kemudian ulang proses yang sama hingga habis roti
16. Baki susu dan telur tadi tuang dalam loyang pembakar
17. Lapisan terakhir letakkan inti daging
18. Kemudian taburkan dengan parutan keju
19. Bakar dalam ketuhar dengan suhi 170 ~ 180 C selama 40 minit
Angkat setelah masak
Tunggu suam sikit dah boleh di potong
Makan panas-panas memang sedap sangat..


No comments:

Post a Comment