Wednesday, December 24

Persediaan Rapi

Cik Hani | 23:50 | 0Comments |
Haii.. lepas ni hani tak dapat lah nak update blog ni...
jangan rindu hani pasnie okay? hehe...
hani dah dapat kerja. alhamdulillah. mendidik budak-budak lepas ni.
sedang membuat persediaan untuk ke sana. yela. kelengkapan kena la lengkap.
hani ni mana lah ada transport. nama je ada lesen kereta. segan juga.
tapi nak buat macam manna. sabtu ni hani nak ke sana, nak melihat kediaman pemilik taska tu.
semoga rezeki hani disitu... rasa leka bila ada kerja nanti.
cuma mungkin akan rasa sunyi. sebab lappy ni, hani tinggalkan kat rumah.
hani kena mula berdikari. tak ada rezeki dekat banting.

Hani jadi tak sabar pulak nak ke sana.
mungkin sebab hati ni sunyi bila kat sini... entahlah..
korang-korang nanti jangan marah eh kalau hani menyepi.
hehe.. inshaallah.. bila ada cuti atau masa terluang,
hani mesti jumpa korang juga....
bukan senang orang nak bagi kerja, bila dapat kerja,
kita terima jela.. lagipun kemudahan dia dah sediakan.
macam tempat tinggal, makan dan minum.
just bawa beg pakaian kite je..
tapi tulaa... hani tak tau apa cabaran yang mendatang...
apa dugaan yang hani kena tempuh.. semua tu hanya ALLAH yang tahu.
doakan hani ye korang... :)

Semoga hani jadi lebih bertanggungjawab lah lepas ni...
semoga semuanya di permudahkan...
nak kumpul duit, tak lama lagi dah nak jadi tunang orang..
perlulah cari sumber pendapatan. nanti kesian bakal suami hani.
kena tanggung hani. sekarang kos sara hidup makin meningkat.
lepas kahwin kalau boleh nak hilangkan sikit beban suami.
tapi bukanlah selamanya hani kerja kat taska tu...
hani perlu cari kerja yang dekat dengan suami hani nanti.
nak jaga dia kan.. haha.. *berangan pulak*

Okaylah, nanti update lagi.. nak restkan kepala otak yang sedia serabut ni..
macam macam masalah melanda ni,
tapi itulaa.. kena sabar.. kenala jadi matang..
sebab hani takut ada orang cakap hani ni 
"kebudak budakkan " pulak kan... 

CIKHANI

No comments:

Post a Comment