Saturday, December 13

KUIH KEMBOJA

Cik Hani | 00:47 | 2Comments |

Kuih Bakar Kemboja.
Resepi dari: Kak Salwa (FB)



Bahan bahan:

-2 cawan tepung gandum
-2 cawan santan 
-1 cawan jus pandan
-1 cawan gula - guna 3/4 cawan
-2 sudu besar butter(cairkan)
-3 biji telur 
-1/2 sudu kecil garam
-Pewarna hijau
-Sedikit bijan - untuk ditabur


Cara-cara:



1. Campurkan semua bahan dan blend/pukul sampai sebati dan tepung tidak berketul.
2. Panaskan acuan kuih terlebih dahulu di atas api dapur . 
3. Untuk elakkan kuih melekat pada acuan, penuhkan acuan dengan minyak masak (betul2 panas). 
4. Kemudian keluarkan minyak tersebut tinggalkan sedikit kat acuan. 
5. Kecilkan api sekecil kecilnya dan tuang adunan ke dalamnya. 
6. Kemudian taburkan bijan di atasnya. 
7. Masak sebentar di atas dapur gas selama 5-10 minit dengan api yang sangat kecil bertujuan untuk dapatkan kulit yang agak garing. 
8. Kemudian sambung bakar kuih di dalam oven suhu 180C selama 30 - 40 minit hingga permukaan kuih nampak keperang-perangan. Bila dah sejuk, bolehlah dipotong.

2 comments: