Thursday, December 25

Iyee REDHA..

Cik Hani | 00:44 | 0Comments |

Sifat redha adalah daripada sifat makrifah & mahabbah kepada Allah s.w.t.
ketentuan & pilihan Allah s.w.t. itulah yg paling baik, dibandingkan dengan pilihan & kehendak peribadi yg berkaitan dengan diri sendiri. 

Sabda Rasulullah s.a.w. yg bermaksud :
” Demi Allah yang jiwaku ditangannya! Tidaklah Allah memutuskan sesuatu ketentuan bagi seorang mukmin melainkan mengandungi kebaikan baginya. Dan tiadalah kebaikan itu kecuali bagi mukmin. Jika ia memperolehi kegembiraan dia berterima kasih bererti kebaikan baginya, dan jika ia ditimpa kesulitan dia bersabar bererti kebaikan baginya “.
(Riwayat Muslim)

Redha Ilahi yg diperolehi orang yg redha kepada Allah s.w.t. itulah nikmat & merupakan kunci kebahagiaan yang sejati. Sesiapa yg diredhai Allah s.w.t. pastilah dia akan diberikan kebahagiaan & kejayaan di dunia & di akhirat. Lalu mereka akan dimasukkan ke dalam syurganya & kekal di dalamnya untuk selama-lamanya.
Firman Allah s.w.t. yg bermaksud :
” Wahai jiwa yang tenang & tenteram kembalilah kepada Tuhanmu dalam keadaan redha & diredhai. Iaitu masuklah ke dalam golongan hambaku (yang soleh). & masuklah ke dalam syurgaku”.
(Al-Fajr : 27-30)

Berkat redha itulah maka di dunia akan mendapat ketenangan jiwa & di akhirat akan memperolehi kebahagiaan yang kekal untuk selama-lamanya. Redha mengakui bahawa Allah s.w.t. sebagai Tuhan yg disembah, Islam sebagai Agama yg benar & Rasulullah s.a.w. sebagai Nabi & Rasul yg terakhir, maka itulah asas kemanisan iman yg membawa erti yg besar & keuntungan yg besar bagi orang yg redha kerana merasakan kelazatan rohani.

Sabda Rasulullah s.a.w. yg bermaksud :
” Merasakan kemanisan iman, siapa yg redha dengan Allah sebagai Tuhan, Islam sebagai agama, Muhammad sebagai Rasul (Utusan) “.
(Riwayat Muslim)

No comments:

Post a Comment