Tuesday, December 2

HARI AIDS SEDUNIA

Cik Hani | 13:22 | 2Comments |

Pada 29 November yang lepas, Hani dan beberapa orang lagi rakan blogger telah turut sama menjayakan program atau lebih tepat lagi sambutan HARI AIDS SEDUNIA.


Hari AIDS Sedunia diadakan setiap tahun pada 1 Disember dan adalah satu peluang untuk orang-orang di seluruh dunia untuk bersatu dalam memerangi HIV. Bersama-sama kita tunjukkan sokongan untuk mereka yang hidup dengan HIV dan kita memperingati orang yang telah meninggal dunia akibat penyakit yang berkaitan dengan AIDS selama ini. Kita berdiri dalam perpaduan dengan berjuta-juta orang yang hidup dengan HIV di seluruh dunia, termasuk lebih daripada 80,000 orang di Malaysia.



Untuk Hari AIDS Sedunia pada tahun 2014 ini, PT Foundation iaitu sebuah organisasi berasaskan komuniti yang ditubuhkan menyediakan pencegahan, penjagaan dan sokongan perkhidmatan yang berkaitan dengan HIV, identiti jantina dan kesihatan seksual di Malaysia telah menganjurkan acara “Wishing for Zero, Red Ribbons” yang diadakan di NU Sentral Mall dan KL Sentral sebagai pendedahan kepada orang awam mengenai HIV atau AIDS dan sebagai tanda sokongan kepada Hari AIDS Sedunia 2014. Acara ini juga telah ditaja oleh NU Sentral Mall, CIMB dan Durex Malaysia.
Menurut Pengarah Komunikasi dan Pemasaran, Encik Raymond Tai, “Pendekatan yang PT Foundation perlu lakukan dalam menyampaikan maklumat berkaitan HIV mestilah menyeronokkan dan membawa mesej harapan supaya orang ramai mengubah sikap mereka kepada hubungan seks yang selamat. Kami berharap dapat menghapuskan perasaan takut orang ramai untuk menguji status HIV. Semua rakyat Malaysia yang aktif dalam seks perlu menjalani ujian secara berkala.”


Berikut adalah aturcara majlis sepanjang kami di karnival aids sedunia ;-



-------------------------------------------------------------------

Testimony of Khatijah


"This is based on a testimony written by Anthony Thanasayan that was published in the Rakyat Times on 27 November 2014 and edited for me to read out today.

LIFE is not easy, whether you are the one with HIV or AIDS or whether you happen to be a caregiver to somebody who has the disease.

It gets worse when it becomes complicated. Marina is a 12- year old and is a person with a disability.

She is a slow learner and has trouble with all her subjects in school. Because of her inability to sit still and concentrate (hyperactivity), she was taken out from a regular school to one with teachers trained to deal with children with learning disabilities.
The new environment is much better than her previous school.
In her new place of learning, Marina is taught more living skills. She is learning basic social skills, ranging from learning how to cook to how to swim.  That, however, has not taken Marina's problem away. She is still a child who faces difficulties understanding things.
Marina's mother, Azizah, had severe problems of her own too, when her daughter was born.
She was an 'injected drug user' - a term used to describe a person who uses drugs through injection. At that time, it was obvious to the authorities that Azizah was not in a position to look after Marina. Azizah herself. By the way, was an adopted child.
So a relative in the family named Khatijah, 55, decided to take in the baby and care for her. The adoption has not been formalised to this day.
It is something Khatijah wants to happen. And according to her, until she does, she will not be able to claim welfare assistance for the child from the government.
Marina is HIV-positive, although she does not know it.
She got it from her mother who died of AIDS when Marina was two years old. Her father also had AIDS and passed away when Marina was just about to turn six. Marina’s HIV-status, fortunately, has not dampened or deterred, in any way, Khatijah’s spirit and love for Marina.
Khatijah dotes on the child as if she were her very own.  Cuts and bruises on Marina are treated promptly and Khatijah insists that the affected areas be washed and bandaged at once. On the doctor's advice, Marina's HIV status is also kept confidential for fear of discrimination. Marina's teachers and the rest of the children do not know about her condition. In fact, whenever the child asks Khatijah what her medication is for, Khatijah has to resort to telling white lies that the pills are for her leg or hand or some other problem.
Because Marina was a premature baby, she does have recurring medical problems. She misses school at an average of at least seven days in a month.
That's because Khatijah ensures that she doesn't miss any of her doctors' appointments – with  the orthopaedist, the neurologist, the eye specialist, and even the psychologist.
Khatijah, a 'single mum' to Marina, admits that sometimes she does go overboard in her care and concern for the child. Her "overprotective attitude" at times takes her literally everywhere her child goes. This, she realises, is not good for Marina. Khatijah can't help becoming overbearing. She says she gets possessive and angry about who meets and talks with Marina.
But there are some good aspects too.
Khatijah says by caring for Marina, she has learnt a great deal about HIV and how to care for someone with that condition. This includes ensuring taking the medication religiously, being aware and alert of side-effect symptoms from the drugs and what to do next. Then, there are also those moments of frustration which occur when education is needed on how to respond - rather than react negatively - to people with HIV.
The fear of HIV and AIDS is particularly difficult to overcome and Khatijah relates something that happened between her brother and Marina. Since close relatives are aware of Marina's status, Khatijah's brother, in particular, used to have hang-ups about Marina’s touching and using the cups that others use to drink. He wanted a 'special cup'  just for her to use. He even went so far as to throw away a jug which Marina had used to pour water from.
Khatijah soldiers on with patience, dedication and a positive outlook facing all the challenges in life. She is supported by the friends and care-givers that she has found at PT Foundation. Along with several hundred parents and their children, Khatijah is a beneficiary of the “Back to School” Programme at PT Foundation which provides emotional, psycho-social, technical and financial assistance to children who are infected or affected by HIV/AIDS.  Khatijah values the space and platform at PT Foundation where people from all walks of life can meet and share their experiences about HIV and AIDS - including those for caregivers of those affected by the condition.
Through the programme, Khatijah and her adopted daughter takes part in support group sessions, and workshop activities, and is given small financial assistance regarding school supplies, medical treatment and transportation.
The assistance offered through PT Foundation might be small and would not substantially alleviate the challenges Khatijah faces. But in her own words, it is uplifting and empowering to know that she is not alone in her journey through life." 

-----------------------------------------------


10 FAKTA-FAKTA ASAS TENTANG HIV DAN AIDS :

Adalah hak anda untuk mengetahui…

1.AIDS disebabkan oleh HIV. 

AIDS disebabkan oleh HIV, iaitu virus “human immunodeficiency”, yang merosakkan 
sistem pertahanan badan. Mereka yang mempunyai AIDS akan menjadi lemah disebabkan oleh badan mereka telah hilang keupayaan untuk menentang semua jenis penyakit. 

Mereka akhirnya akan meninggal dunia. Tiada penawar bagi HIV. 

2 . Bermulanya AIDS boleh mengambil masa sehingga sepuluh tahun. 

Bermulanya AIDS boleh mengambil masa sehingga sepuluh tahun daripada jangkitan pertama virus HIV. Oleh itu seseorang yang telah dijangkiti HIV mungkin akan 
kelihatan dan rasa sihat untuk beberapa tahun, tetapi dia masih boleh menjangkiti orang lain  dengan virus tersebut. Ubat-ubatan yang terbaru boleh membantu seseorang itu kekal hidup dengan sihat untuk jangkamasa yang lebih lama, tetapi dia masih mempunyai HIV dan masih 
boleh menjangkiti orang lain. 

3 . HIV dipindahkan melalui cecair badan yang telah dijangkiti HIV.  

HIV dipindahkan melalui pertukaran mana-mana cecair badan yang telah dijangkiti oleh 
HIV. Jangkitan boleh berlaku pada mana-mana peringkat jangkitan/penyakit. Virus HIV 
boleh didapati pada cecair-cecair berikut: darah, air mani (dan cecair sebelum ejakulasi, cecair faraj, dan susu ibu). 

4 . HIV selalunya dijangkiti melalui hubungan seks.  

HIV selalunya dijangkiti melalui seks dengan pasangan yang positif HIV. Ini disebabkan 
oleh cecair yang bercampur dan virus boleh bertukar, terutama sekali apabila terdapat 
luka pada tisu-tisu faraj, kecederaan atau jangkitan-jangkitan yang didapati melalui seks (STI).  Budak perempuan adalah lebih terdedah kepada jangkitan HIV kerana selaput membran faraj mereka lebih nipis dan lebih senang untuk dijangkiti dibandingkan dengan wanita-wanita dewasa. 

5. Mereka yang mempunyai jangkitan-jangkitan yang didapati melalui seks (STI) 
mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat jangkitan HIV.  

Mereka yang mempunyai STI adalah berisiko tinggi untuk dijangkiti HIV dan menjangkiti 
orang lain. Mereka yang mempunyai STI patut mendapatkan rawatan secepat yang mungkin  dan mengelakkan hubungan seks atau mengamalkan seks selamat (seks tanpa penembusan atau seks menggunakan kondom), dan memberitahu pasangan-pasangan mereka.

6. Risiko terhadap jangkitan HIV melalui seks boleh dikurangkan.  

Risiko terhadap jangkitan HIV melalui seks boleh dikurangkan sekiranya mereka tidak 
melakukan seks, sekiranya pasangan mereka yang tidak dijangkiti hanya melakukan 
seks dengan satu sama lain sahaja dengan cara seks selamat – seks tanpa penembusan atau menggunakan kondom. Hanya ada satu cara sahaja untuk memastikan pencegahan HIV melalui seks ialah dengan tidak melakukan seks langsung. 

7 .Mereka yang menyuntik diri sendiri dengan dadah mempunyai risiko yang tinggi 
dijangkiti dengan HIV.  

HIV juga boleh dijangkiti apabila kulit tercedera atau dicucuk menggunakan jarum yang 
tidak steril picagari, pisau lipat, pisau atau lain-lain alat. Mereka yang menyuntik diri sendiri dengan dadah atau melakukan seks dengan pengguna-pengguna dadah adalah berisiko tinggi untuk mendapat jangkitan HIV. Lebih-lebih lagi, penggunaan dadah mengganggu pemikiran seseorang itu dan boleh membawa kepada kelakuan seksual yang berisiko, seperti tidak menggunakan kondom. 

8 . Hubungi pegawai kesihatan atau pusat HIV/AIDS untuk mendapatkan kaunseling 
dan ujian.  

Sesiapa yang mensyaki yang mereka mungkin telah dijangkiti HIV patut menghubungi 
pegawai kesihatan atau pusat HIV/AIDS untuk mendapatkan kaunseling dan ujian secara sulit. Ia adalah hak anda. (Artikel 24 daripda Konvensyen Hak-hak Asasi Kanak-kanak). 

9 . HIV tidak boleh dijangkiti melalui sentuhan.  

HIV tidak boleh dijangkiti melalui: pelukan, berjabat tangan; hubungan yang biasa 
setiap hari; menggunakan kolam renang, tempat duduk tandas; berkongsi kain alas 
katil, peralatan makanan, makanan; nyamuk dan lain-lain gigitan serangga; batuk, bersin. 

10 . Semua orang berhak untuk mendapatkan belas kasihan dan sokongan.  

Mendiskriminasi terhadap mereka yang telah dijangkiti HIV atau sesiapa 
sahaja yang difikirkan mempunyai risiko untuk mendapat jangkitan telah melanggar hak-hak kemanusiaan dan juga membahayakan kesihatan umum. Semua orang yang dijangkiti dengan atau menghadapi kesan HIV dan AIDS berhak mendapatkan belas kasihan dan sokongan.


Kesimpulan,penyakit HIV AIDS ini mendatangkan kesan yang amat buruk dan kesan yang lama.Bagi golongan yang tidak berdosa seperti anak-anak yang dilahirkan oleh ibu yang mempunyai jangkitan yang berbahaya ini akan memberi impak kepada anak tersebut.Oleh itu,elakkan diri daripada melakukan perkara-perkara yang boleh mendatangkan kepada penyakit ini seperti pengkongsian jarum untuk menyuntik(menagih dadah) dan seks di luar nikah yang dilakukan secara rambang.



Okay, harapan Hani.. semoga ia membuka dan mencelikkan lagi mata masyarakat untuk menyokong dan memberi sokongan moral pada mereka .. jangan pandang remeh pada penyakit ni, kalau boleh cepat-cepat buat ujian saringan HIV/AIDS ni.. dan kalau boleh jangan pandang hina pada diorang yang dijangkiti HIV/AIDS ni.. kita ni manusia juga dan dia pun manusia juga.. darah yang mengalir adalah darah yang sama.. cuma nasib mereka tak begitu baik...mereka manusia biasa.. Hani harap dapat lagi hadiri aktiviti-aktiviti sebegini, dan terima kasih kepada PT FOUNDATION kerana sudi menjemput kami, blogger-blogger dan media bagi menjayakan lagi program ini.. 



Always yang comel dekat di hati,
CIKHANI

2 comments:

  1. Jyeahhh ! Dia da update dah. Hahaha terus print screen itinerary tu. Daebak. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak tau nak update mcm mana, main hentam je ni :P
      dgn jayanya siap jua ;)

      Delete