Tuesday, December 23

DOA NABI IBRAHIM AGAR KELUARGA MENDAPAT KEAMPUNAN...

Cik Hani | 00:01 | 0Comments |


Surah kegemaran dan surah romantis bagi saya. selalu menangis terharu bila baca terjemahannya.
kisah cinta Ibrahim dan Siti Hajar. sangat memberi inspirasi. bayangkan untuk meninggalkan isteri tercinta di tengah-tengah padang pasir yang kontang. tiga kali Siti Hajar bertanya “kenapa tinggalkan kami disini?” nabi Ibrahim tak jawab. bila Siti Hajar tanya “adakah ini perintah Allah?” nabi Ibrahim angguk tanpa menoleh pada Siti Hajar. it’s supposed to be breaking heart, tapi sebab Siti Hajar seorang yang solehah, dia mengerti dan berkata kepada nabi Ibrahim “jikalau ini perintah Allah, tinggalkanlah kami, kami tidak akan apa-apa.” this is the kind of woman yang orang need. kalau orang sekarang bolehlah apply dengan kata “kalau awak cintai saya kerana Allah, tak perlu la susah-susah risaukan saya. Allah akan jaga saya sebaiknya untuk awak.”

tak terharu ke bila dapat isteri yang memahami macam ni? ada isteri sekarang bila suami nak pi ceramah agama, siap cakap lagi “abang jangan pergi lama-lama tau saya sunyi nanti.” suami nak pi buat benda baik pun, tak sanggup nak lepaskan lama-lama. *okey dah masuk mood membebel*
sambung lagi kisah nabi Ibrahim dan Siti Hajar. nabi Ibrahim pun mesti sangat sedih sebab tinggalkan isteri dan anaknya yang masih kecil. apabila jauh kedudukannya dari Siti Hajar, maka nabi Ibrahim pun mengangkat tangan dan berdoa “ya Rabb kami, sesungguhnya aku telah tempatkan sebagian dari keturunanku di lembah yang tak mempunyai tanam-tanaman di dekat rumah Engkau yang suci, ya Rabb kami yang demikian itu agar mereka mendirikan solat, maka jadikanlah hati sebagian manusia condong kepada mereka, dan berilah rezeki mereka dari buah-buahan, semoga mereka bersyukur.” (seperti dalam surah Ibrahim ayat 37).

bila dengar doa Nabi Ibrahim ni, lagilah saya menangis. inilah yang dikatakan ‘love for the sake of Allah’. bila kita yakin pada Allah, tak ada apa  yang perlu kita ragukan lagi.

dan doa ini, adalah DOA YANG TERBAIK yang pernah seseorang hadiahkan kepada orang yang dicintai. kenapa nabi Ibrahim doakan supaya Siti Hajar menjadi orang-orang yang solat? sebab orang-orang yang solat adalah orang yang selalu bercakap dengan Allah. sebab orang yang bercakap dengan Allah adalah orang yang dekat dengan Allah. nabi Ibrahim tak doa supaya Siti Hajar umur panjang, supaya Siti Hajar dapat bekalan makanan, supaya Siti Hajar jadi kebal. No. dia doa supaya Siti Hajar jadi orang yang sentiasa solat, yang sentiasa dekat dengan Tuhan. that is the best doa ever!

dan akhirnya Siti Hajar dan anaknya survived, dengan izin Allah. inilah kisah-kisah orang yang saling mencintai kerana Allah. kisah orang yang taat dan patuh tanpa berbelah bahagi. love for the sake of Allah, inshaAllah tak ada apa yang perlu diragui. disini jugak saya learn something,  if you love someone, jangan doa untuk benda bukan-bukan ; as if moga berbahagia selalu, moga bertemu dengan orang yang betul, moga bla bla bla…tapi kita kena doakan orang yang kita sayang tu, semoga dia menjadi orang yang sentiasa mendirikan solat dan dekat dengan Allah. kalau dia dah dekat dengan Allah, tak ada apa yang akan menyakiti dia, inshaAllah.

ah, melted. Quran is the best story teller. Allah is the best love writer.

No comments:

Post a Comment