Friday, December 19

Dia..

Cik Hani | 00:16 | 0Comments |
Aku tak pernah berhenti mendoakan kesihatan dia..
kejayaan dia.. hari ni aku lihat dia tersenyum..
memandang dirinya di dada akhbar...
"smart" katanya.. :)
tak payah cakap, memang sentiasa smart, sayang tengok..
hehehe.. haih.. rindu pula nak tengok wajah dia..

Sungguh, ikhlas aku katakan..
aku bangga dengan kejayaan dia..
aku bangga dengan kerjaya dia...
apa pun yang dia buat, aku sentiasa lihat dari jauh..
kami jarang berjumpa...
hanya "whatsapp" menjadi penghubung..
aku bahagia lihat dia bahagia dengan apa yang dia lakukan...

Rasa rindu.. tapi apakan daya...
dia punya tanggungjawab pada kerja..
tak lama lagi aku pun bakal menggalas tanggungjawab itu..
semoga ada rezeki ku.. inshaAllah..
aku sentiasa mendoakan hubungan aku dan dia..
kekal sampai bila-bila...

Aku sayangkan dia sangat sangat..
walaupun kadang-kadang taufan melanda dalam hubungan..
walaupun kadang-kadang ada rasa putus asa di dalam dada..
sayang aku kat dia tak pernah berubah, setia... bagai pantai yang setia menanti.
aku perlukan kepingan puzzle untuk melengkapkan dan sempurnakan hidup aku.
dan.. kepingan salah satu tu adalah dia. 

Ya Allah, tautkanlah kasih antara kami..
cantumkanlah rasa kasih sayang antara kami..
kuatkanlah kami dalam menempuh dugaan yang bakal menanti..
restuilah hubungan kami, Ya Allah...... Aminnn.....

CIKHANI

No comments:

Post a Comment