Monday, December 15

Bukti Syukur Itu Masih Bertanda....

Cik Hani | 11:48 | 4Comments |

Dalam dunia yang sementara.
Memang kita tak akan dapat segala benda yang kita suka.
Sedang benda yang kita rasa kita punya pun,
Yang dah ada dalam erat genggaman tangan pun, 
Boleh direntap pergi bila-bila masa.
Kadang-kadang tanpa petanda.
Dalam sedar dan tak sedar kita.
Inikan pula benda yang bukan dalam kuasa kita.
Apa lagi benda yang kita tak boleh nampak dan pegang untuk kita rasa kita ada.
Untuk kita rasa kita punya.
Terima kasih untuk segala yang kita dah ada.
Bukti syukur itu masih ada bertanda.


4 comments: