Thursday, December 25

Aku tahu, kau pernah rasa?

Cik Hani | 00:26 | 0Comments |

Ada benda tuhan tetap tak kasi walaupun kita dah sehabis usaha. Dalam pelajaran, dalam hubungan, macam macam perkara. Contoh kau belajar susah payah nak test nak quiz tapi hasilnya biasa biasa tak memuaskan bagi kau. Ataupun kau dah kumpul carry marks berlebih lebih tapi bila result final keluar masih je tak dapat keputusan yang baik. Kau jeling jeling orang lain. Lagi sakit hati bila yang duduk study last minute atau pun study tak banyak mana ni dapat keputusan lagi hebat dari kau. Nak kata apa?

Tuhan tak adil?

Aku tahu ramai yang rasa macam ni. Aku bukan manusia yang terlepas dari semua ni. Tapi jangan. Jangan pernah sekalipun salahkan tuhan. Sedang dia tahu apa yang dia buat dan atur untuk kau. Tapi janji kau terus usaha. Sebab bila kau usaha, tapi masih jugak tak dapat apa yang kau nak, memang jelas tuhan nak tunjuk ada yang lebih baik untuk kau. Pandang sisi baik. Mungkin tuhan nak kau terus gigih usaha supaya kau dapat genggam yang lagi tinggi. Mungkin sebab kau kan bangga bongkak diri bila tuhan kasi kejayaan besar pada kau dengan usaha sekali itu. Jadi dia jatuhkan dulu kau sebelum kau dapat bangun panjat lagi tinggi. Biar kau ingat yang setiap apa yang dia beri bila bila je dia boleh tarik balik. Cantik kan jalan cerita tuhan untuk kita?

Hidup ni tak boleh terus mengalah bila sekali kau tak dapat capai apa yang kau nak. Kena terus usaha sebab tuhan tak suka orang malas. Kau sedih, kau tak puas hati semua terus diadu pada dia. Aku jamin dia akan pujuk kau kalau kau tahu cari dia. Nanti bila kau dah terpujuk, bangun dan terus maju kehadapan. Kita belajar dari hidup, dari sekecil-kecil perkara. Luaskan pandangan, cari sisi baik setiap perkara. Jangan asyik cari yang buruk sampai mata hati tertutup dan mengelapkan dunia yang kau hidupkan.

Baik?

Aku suka tengok pemandangan waktu petang... indah sangat... terlalu indah ciptaan DIA... sampai aku takut aku jatuh cinta pada dunia... sedangkan cinta aku hanya pada DIA... bukan aku angungkan cinta dunia, tapi kerana aku menyukai keindahan yang telah KAU ciptakan ini , Ya Allah.. lihatlah laut itu, setenang-tenang air...siapa yang melihat, pasti rasa yang sama... -CIKHANI

No comments:

Post a Comment