Friday, December 5

Aku dan sebuah cerita SEMALAM, HARI INI dan ESOK

Cik Hani | 00:34 | 0Comments |

Aku dan sebuah cerita SEMALAM, HARI INI dan ESOK..
Hari ini bukanlah semalam dan semalam bukanlah esok. Mungkin hari ini tak sebaik hari semalam. Mungkin juga hari ini lebih baik dari semalam. Semua itu adalah ketetapan yang kita sendiri tidak pasti. Kita hanya mampu merancang, namun Tuhan sahajalah yang menentukan perancangan itu. Bahkan, perancangan DIAlah sebaik-baik perancangan. Esok masih lagi dalam kelam. Dalam gelap. Tiada siapa yang tahu tentang hari esok. Entahkan baik, entahkan buruk. Berdoa untuk hari esok lebih bermakna, lebih baik, dan lebih sempurna daripada hari ini. Memohon, agar perjalanan hari esok, dipermudahkan, walaupun tidak sempurna yang diharapkan.Tapi inilah kehidupan dan selagi masih ada nilai kita dalam mentafsir makna bahagia, kita tidak akan berpatah ke belakang. Saya percaya takdir hidup kita ini sepenuhnya dalam perencanaan dari Dia yang Maha Mengetahui…

CIKHANI


No comments:

Post a Comment