Thursday, December 25

Aku Dan Aku

Cik Hani | 16:36 | 2Comments |
Aku tak pernah minta supaya aku ditemukan dengan orang yang sempurna. aku selalu ingat. dan tanam habis-habisan dalam kepala. tak ada seseorang pun yang sempurna sifatnya kecuali DIA. TAK ADA!.
apa pun yang ada, yang telah Allah beri, aku bersyukur.. dia yang menyayangi aku.. walaupun kadang-kadang gaduh juga.. tapi kami juga juga juga baiki hubungan kami. mesti juga juga! sebab perasaan sayang yang ada. aku sayang dia. siapa dia? bakal tunang aku.. yang Allah berikan.. yang Allah tautkan hati aku dengan hati dia.. dia bukan kaya.. dia tak macam orang lain.. aku cakap kat dia, ' tak apa bang.. baik buruk abang, susah senang abang, sayang sanggup hidup bersama dengan abang'. begitu juga ayat itu ditujukan kepada aku. aku bersyukur. sebab ada dia yang hadir dalam hidup aku. setelah sekian lama aku bersendiri. dia datang. dan aku katakan kepada Allah, 'Ya Allah, jika ini petunjuk pertama, yang Kau berikan, aku terima dia masuk ke dalam hati aku. tapi dengan syarat, jangan biarkan aku leka dengan rasa kasih sayangnya yang dia berikan pada aku' aku tanam ayat tu hidup-hidup. dalam-dalam. sedalam sayang aku, cinta aku kepada DIA. aku punya perasaan pada dia. dia pun sama. then sampailah ke hari ini.. dah nak bertunang pun.. inshaAllah.. apa pun dugaan yang datang, aku cuba harungi dengan sabar. macam mana dia cuba bersabar dengan segala macam perangai aku. dan sampai ke hari ni, aku ucapkan syukur pada ALLAH.. esok genap 2 tahun kami bersama.. berkawan bersama.. berkasih sayang bersama... dia lah partner aku, dia la kawan aku, dia lah lelaki yang ada bila masa aku susah senang.. dah tak ada lelaki mana sanggup sabar dengan aku dah... memang dia orang nya! haha.

Bila aku tengok muka dia, aku pandang je.. lepas tu, automatik pusing ke arah kiri. dalam hati, aku ucap syukur alhamdulillah..sebab Allah makbulkan doa aku.. aku minta dipertemukan dengan seseorang yang sudi terima diri aku seadanya, tanpa membezakan aku dengan perempuan-perempuan lain. dan dialah orangnya yang Allah utuskan buat aku. dia yang ada didepan mata. aku tak minta benda lain, aku memang harapkan ada masa depan aku dengan dia. sampai macam tu aku berdoa atas tikar sejadah. aku minta sungguh-sungguh. sampai menitis airmata aku.. teringat masa hubungan aku dengan dia tak begitu baik, memang mulut aku je cakap nak putus, nak putus , nak putus. tapi dia? dia selambaaa je.. dia masih teruskan kehidupan dia. tak layan apa yang aku cakap. sampai tak ada respon lah. masa tu aku bengang juga dengan dia ni. sekali aku fikir balik.. memang aku akan fikir benda ni bila masa MENYESAL tu datang. ingat boleh lah nak sombongkan diri. kalau dia tak suka aku, dah lama dia cakap. tapi ni dia diam. aku selalu tertanya tanya kenapa setiap kali aku bebel-bebel cakap benda negatif, dia mesti bertindak diamkan diri. aku solat. aku buat solat istikharah. aku turunkan ego aku depan maha pencipta. aku katakan 'ya allah, aku dah lakukan dosa, sebab layan dia dengan kasar.. cakap tinggi-tinggi suara..padahal aku ni wanita, yang punya sifat malu dan sopan santun, semua tu hilang bila munculnya sifat kurang sabar dalam diri aku.. ya allah, kalau tiada lagi peluang, dan hubungan aku dengan dia, hanya setakat ini.. aku mohon, Kau redhakan lah pemergiannya dari sisi aku, aku lepaskan dia, dan kiranya ada jodoh kami, inshaallah tak ke mana.. aku bersyukur kerana kau beri aku peluang untuk bertemu dengan dia, dan peluang untuk aku bersama dengannya..' ada lagi aku doa.. cuma.. itu rahsia aku dengan pencipta.. selesai aku doa. aku termenung. aku teringat apa yang meeya pesan, kalau kita nak kan sesuatu benda tu, doa sungguh sungguh. minta sungguh sungguh. masa tu aku memang pasrah kalau tak ada hubungan dengan dia. esok tu.. dia wassap.. macam biasa "Good morning sayang, abang minta maaf pasal malam tadi.. abang nak pegi kerja" macam tu la selalu. tapi sekarang lain sikit perangai dia. haha. bila dia dah marah sangat dengan kata-kata aku, terus warning dia bagi. haha. tapi garang-garang dia pun aku sayang. sayang sangat tau. family aku pun bukan suka apa yang aku cakapkan kat dia.. alih-alih aku yang kena marah. ish.. ish..

Dia lelaki yang sentiasa terima segala kekurangan dan kelebihan aku. aku pun sama. yela aku insaf.. sebab dulu dia pernah tanya masa aku bangkitkan isu "DAH TAK MACAM DULU" tu.. dia tanya aku, "Ada beza ke abang yang dulu dengan yang sekarang? kenapa tak boleh terima abang yang sekarang? baik buruk sayang abang terima" hambik kau.. haha.. lepas tu... aku diam dah kot.. tapi ada juga sekali sekala aku buat perangai.. tapi dia tetap sayang aku.. rasa sedih juga, sebab fikir dia layan aku, cakap elok-elok. kadang-kadang aku yang emosi lebih sampai fikir ke arah negatif. kesian dia. padahal dia lah yang banyak tolong aku, dia cuba nak faham aku.. tapi selalu je aku mematahkan mood dia sampai tercetus pergaduhan pendek. hehe. dalam doa aku, aku kata pada Allah, bukanlah rupa paras, duit dan harta yang aku cari, tapi aku cari orang yang jujur , ikhlas , jujur dalam hubungan dan setia.. dan inshaallah mampu membimbing aku dan menjadi imam dalam ikatan perkahwinan nanti. aku dan dia. tak sempurna. aku syukur dia cukup semua tu. yang penting solat dia. bertanggungjawab. aku dan dia cuba lengkapkan apa yang terkurang dalam diri. aku juga sedang perbaiki diri , aku semestinya nak yang terbaik untuk diri aku dan diri dia. dia umpama puzzle dalam hidup aku. kehadiran dia melengkapkan kepingan puzzle terakhir aku. semoga hubungan aku dan dia kekal hingga ke alam perkahwinan. fasa ke dua, bakal aku tempuhi. tak lama lagi. semoga dipermudahkan segala urusan kami. doa-dokan ye.. okaylah, nanti update lagi.. jangan jemu singgah di teratak kosong ni ye..



"MENCINTAI seseorang itu, umpama mengejar pelangi petang, 
sungguh cantik dipandang, tapi tak mampu untuk dipegang.."

CIKHANI


2 comments:

  1. aummmmm ... panjang benooo .. semoga kekal syg.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hani pun xtau cmne leh karang panjang giniii :P
      mekasih sasayang.. ^_^

      Delete