Wednesday, November 19

Selak-Tepi-Kain-Orang

Cik Hani | 20:04 | 4Comments |

Rabak kain orang kau sibukkan. 
Kau pukul canangkan. 
Kau tolong selak-selakkan. 
Biar tahu orang kiri dan kanan.
Koyak kain sendiri kau tak pedulikan. 
Kau minta orang tolong tutupkan.
Kau suruh orang simpan. 
Biar tak dipandang. 
Biar dilupa orang.

Sungguh. 
Kau jadi orang yang paling kasihan. 
Kerana di Mahsyar esok 
Aib kau yang jadi tayangan wayang.

biarlah sejadah itu basah.
kadang, ada benda tak mampu nak cerita.
buka mulut kita bukan untuk orang sebelahkan kita,
bukan untuk dengar orang menangkan kita.
bukan untuk dengar orang bukak salah dia.
cerita aib dan buruk dia.
bukan bukan bukan.
kadang, hanya itu cara,
tapi kadang hamburan air mata dah lebih dari cukup.
kerana manusia selalu terslah sangka,
dan,
dunia memang memenatkan.
mungkin tambah menyesakkan bila kau tak ikhlas,
bila kau tak redha.
dalam kau tangis sampai nak pecah dada,
tengok kalau ada salah kau dahulu,
sebelum kau cari salah dia.

4 comments:

  1. Lumrah melayu sepertimana cerita-cerita kuno atau lajenda melayu telah menunjukkan betapa hidup melayu ini dibuai dek gejala-gejala fitnah justru untuk menjatuhkan atau mengaibkan seseorang. Kehidupan pincang sebegini pastinya tidak berakhir lebih-lebih lagi kalau cetek ilmu agama. Sewajarnya kita harus kembali pada asas benahidup yang berakhlak dan tamadun berdasarkan sunah serta petunjuk al-quran yang teragung.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu.. setuju sangat2.. entahlah manusia zaman skrg ni..

      Delete
  2. itu la budaya orng kiter skrng.....kain sndr tkoyak x nmpk, sibuk je dgnkain org lain

    ReplyDelete
    Replies
    1. tau xpe sis.. itulah yg terjadi kt hani.. fitnah hani mcm2..
      hani sabar je dgr.. pdahal kawan sendiri tu

      Delete