Wednesday, November 26

Koleksi Idaman..

Cik Hani | 12:06 | 0Comments |
Jeng jeng jeng.. nampak tak kat bawah ni? tipulah kalau tak tahu kan.. sebab mungkin kakak-kakak atas hani punya koleksi buku-buku berjilid TAMAR JALIS. sekarang hani pula yang mewarisi. tapi. hani bukan ada sikit-sikit.. full collection tu! hehe.. hani baru beli secara online. TAMAR JALIS seorang penulis yang terkenal sebelum hani lahir ke dunia ni lagi. iaitu pada tahun 1980.. ada 300 siri ke semuanya.. full koleksi di cetak versi novel. Jilid 1-4. sekarang penulis TAMAR JALIS muncul kembali dan inshaAllah pertengahan bulan december, beliau akan mengeluarkan novel berjilid yang ke 5 pulak .



TAMAR JALIS sememangnya penulis mistik seram yang di minati oleh kalangan-kalangan "veteran" , "orang lama" dan kini remaja sekarang.. kini koleksi-koleksi TAMAR JALIS di adaptasikan menjadi drama bersiri sebanya 13 episod di astro mustika HD. 

Kisah benar yang di lalui oleh penulisnya sendiri . barisan pelakon-pelakon yang terlibat antaranya Dato Rahim Razali, Pekin  ibrahim, A. Galak dan ramai lagi. Setiap hari selasa , jam 10 malam .

"KUALA LUMPUR: Peminat-peminat novel seram pasti tahu mengenai ‘Bercakap Dengan Jin’ karya Tamar Jalis yang popular sekitar tahun 80an.

Berita baik buat pengikut novel seram itu, novel seram berkisarkan pengalaman penulis (Tamar Jalis) bersama datuknya yang juga seorang pengamal perubatan tradisional itu kini boleh ditonton di kaca televisyen.

Siri adaptasi novel mistik itu bakal diterjemahkan menerusi drama 13 episod yang akan disiarkan setiap Selasa, bermula 4 November, pukul 10 malam di Mustika HD (saluran 134) dan Astro Bella (saluran 133).

Drama arahan Londo Zawawi menampilkan Dato' Rahim Razali, Pekin Ibrahim, A.Galak dan Oktavia Manrose ini diterbitkan oleh Skop Production.

Mengadaptasi novel seram popular ini ke versi televisyen juga merupakan impian penerbit filem Skop Production iaitu Datuk Yusof Haslam.

Malah Yusof juga pernah mencuba untuk menjual siri drama adaptasi novel ditulis Tamar Jalis itu ke sebuah stensen televisyen namun gagal kerana ketika itu cerita-cerita seram tidak digalakkan untuk tayangan umum.

"Akhirnya impian saya untuk jayakan adaptasi novel seram popular pada tahun 1980an ini tercapai juga.

"Dulu memang ada usaha untuk terbitkannya tetapi ketika itu cerita-cerita seram sebegini tidak begitu digalakkan oleh kerajaan," ujarnya yang turut berterima kasih kepada Astro kerana telah merealisasikan impiannya selama ini.

Yusof berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran drama seram bersiri Bercakap Dengan Jin di Restoran Serai,  KL Life Centre, Khamis lepas. "

sumber: Astro Awani

Pada korang blogger-blogger dan pembaca sekalian, moh ler dapatkan di pasaran sekarang, selagi stok masih ada.. jarang dapat dekat kedai buku sekarang ni.. meh hani tunjuk sikit tajuk-tajuk yang terselit setiap novel berjilid ni.


JILID 1
RM25.80

JILID 2
RM25.80


Jilid 1

1. Bercakap Dengan Jin
2. Bertemu Dengan Penunggu Babi Hutan
3. Tidur Di Rumah Bunian
4. Kereta Datuk Tersadai Di Tepi Jalan
5. Berjaga Di Hujung Jambatan
6. Melihat Jembalang Air
7. Terkencing Dalam Seluar
8. Manusia Berkepala Anjing
9. Panjat Bilik Anak Dara
10. Mencari Harta Karun
11. Menunggang Harimau Di Tengah Malam
12. Toyol Jadi-jadian
13. Penunggu Hutan Hulu Kinta
14. Bersuamikan Hantu Raya
15. Dikejar Mayat
16. Kain Dalam Perut Gadis
17. Bertarung Dengan Bomoh Orang Asli
18. Diganggu Lembaga Hitam
19. Diresapi Semangat Monyet
20. Memburu Raja Pukau

Jilid 2

21. Berguru Dengan Syaitan
22. Penunggu Rumah Tok Kaya Sendi DiRaja
23. Roh Bayi Cari Ibu
24. Puaka Tiang Seri
25. Sumpah Nasi Tangas
26. Isterinya Jadi Kelip-kelip
27. Manusia Tanpa Kepala
28. Kubur Berasap
29. Dikacau Penunggu Kolam
30. Ilmu Raja Kelawar
31. Rumah Misteri
32. Bomoh Hujan Kena Uji
33. Muntahkan Paku Karat
34. Berjanji Dengan Syaitan
35. Mengusung Iblis Tengah Malam



JILID 3
RM25.80
Penulis : Tamar Jalis

Sinopsis:

Kerana sering mendampingi datuknya di mana-mana, secara senyap-senyap Tamar Jalis (TJ) mengutip dan menghimpun pengalaman, lalu diabadikan dalam Siri Bercakap Dengan Jin (SBDJ) yang berjaya memukau ribuan pencinta kisah seram.

Kini, TJ muncul kembali bersama siri buku-buku SBDJ. Bukan hasrat TJ mengajak pembaca mempercayai perkara-perkara tahyul. Tetapi, sekelumit pengalaman bersama datuk meyakinkan, bahawa sesuatu yang tidak terjangkau oleh akal manusia akan berlaku sekiranya diizinkan oleh Allah.

Mungkin ada yang berpendapat SBDJ sebuah dongeng di zaman moden yang sengaja diada-adakan. Mungkin ada yang tidak beranggapan sedemikian. Walau apa pun terpulanglah kepada diri masing-masing.

Sesungguhnya syaitan dan iblis telah wujud lebih awal dari manusia dan berazam untuk menjahanamkan anak Adam. Kerana manusia itu makhluk Allah yang teristimewa, Allah memberikan kekuatan kepada manusia untuk menghalang perbuatan syaitan dan iblis terhadap manusia dengan kekuatan iman dan takwa.

Tanpa iman dan takwa, manusia akan jadi hamba syaitan dan iblis. Inilah gambaran yang dijalin oleh TJ dalam SBDJ yang secara tidak langsung mengajak pembaca berfikir untuk mencari sesuatu yang baik agar menjadi manusia sempurna mengkagumi dan menghayati kebesaran Allah.


JILID 3:

36. Pukau Ular Tedung
37. Terkena Badi Belibis
38. Suara Azan Dalam Kolam
39. Dendam Orang Sabar
40. Pemuda Menjerit Malam
41. Berkasih Dengan Langsuir
42. Sepasang Tangan Berbulu
43. Buaya Jadi-jadian
44. Skandal Pawang Buaya
45. Badan Pawang Berasap
46. Berjalan Atas Angin
47. Bila Syaitan Datang Menguji
48. Bertemu Ibu Santau



Tajuk: Bercakap Dengan Jin
JILID 4
RM25.80
[tambah RM4.00 pos register]
Penulis : Tamar Jalis
49. Rahsia Sebuah Kolam
50. Manusia Harimau
51. Rahsia Seorang Sahabat
52. Sebilah Keris Aneh
53. Ghaib Dalam bas
54. Penunggu Rotan Semambu
55. Mamat Bukit Yang Gagah
56. Bomoh Terjun
57. Sumpah Selendang Merah
58. Ilmu Papan Sekeping
59. Kelawar Puntianak
60. Lumpuh Di kaki


Pastikan korang dapatkan setiap koleksi.. hani dah ada.. tinggal JILID 5 je belum, tunggu hani habiskan baca kesemua novel-novel berjilid ni, dan nanti hani akan buat review. :)

Okaylah nanti ada masa update lagi.. jangan rasa bosan untuk terus singgah ke blog hani yea...

CIKHANI





No comments:

Post a Comment