Monday, November 3

Jodoh...

Cik Hani | 15:55 | 0Comments |

Kepada yang bertanya masalah cinta, jodoh, pasangan hidup.
Sedarilah bahawa luka hatimu itu mengikut sedalam cintamu, dan nilai cintamu seharusnya mengikut nilai siapa yang kau cintai.
Bagaimana kita menyerahkan seindah-indahnya cintamu kepada orang yang tidak jujur & tidak berkuasa untuk memberi cinta dan bahagia. 
Dan bagaimana mungkin engkau berharap kepada orang yang sampai hati membuatmu bersedih & menangis? 

maka alihkanlah arah cintamu dari orang yang tidak baik bagimu itu, kepada allah, tuhan yang esa & sentiasa menyayangi kita. Dialah allah yang memberi segalanya. Cinta kepada rasulullah s.a.w yang sentiasa berkorban untuk kita semua. Dahulukan allah, hanya untuk dia.
Pasti, allah akan memberi yang terbaik untuk kita. Bila kita dalam keadaan taat perintah allah & sunnah rasulullah s.a.w . Apa sahaja yang datang dalam hidup ini akan menjadi kebahagiaan & kenikmatan.
Walaupun ianya perit & sakit di mata orang lain. Tapi allah letakkan bahagia dalam hati kita. Dan ia benar-benar bahagia. Sebenarnya. Pasti bahagia. Demi allah itulah kebahagiaan sebenar. Allah akan sediakan isteri/suami yang terbaik buat semua. 

pasti allah tidak akan sia-siakan hambanya yang mendekatinya.
Biarlah seluruh dunia kata apapun. Allah buat semua. Terus rasa masalah selesai. Allah buat semua.
Semoga bermanfaat.
Wallahhu’alam.

-ustaz ebit lew.

No comments:

Post a Comment