Monday, November 24

BILA

Cik Hani | 19:35 | 0Comments |
bila kamu telah letih dengan dunia dan tidak tahu
kepada siapa lagi untuk diadukan,
ingatlah bahawa Allah masih tetap ada bersama kamu.

Meski kamu telah bermaksiat kepadanya
sepanjang umur sehingga tidak tinggal lagi hayatmu,
melainkan sehari atau sejam atau seminit atau sesaat,
ketahuilah yang Allah tetap sedia menerima pengembalianmu.

Allah tidak pernah jemu menunjuk jalan padamu,
tidak juga bosan terhadapmu meski telah melihat segala kemaksiatan
yang telah engkau lakukan..

Sesungguhnya Allah itu Maha Menerima
taubat hambaNya yang mahu kembali kepadaNya..

Namun janganlah engkau jadikan ini sebagai alasan,
untuk tetap terus derhaka kepada Allah ,
kerana tidaklah engkau sendiri tahu 

bilakah saatnya hari akhir buatmu...


Kembalilah kepada Allah pada setiap
hari-hari mu......

CIKHANI

No comments:

Post a Comment