Wednesday, October 15

Rasulullah sallallahu alaihi wasallam :)

Cik Hani | 21:01 | 2Comments |
Rasulullah sallallahu alaihi wasallam memakai celak bukan untuk mengubati atau mencegah dari terkena penyakit mata kerana Baginda saw tidak pernah mengalami penyakit mata, akan tetapi Baginda memakainya untuk menyatakan tentang KEHARUSAN BERCELAK dan KEBAIKANNYA bagi umatnya.

Rasulullah sallallahu alahi wasallam memakai minyak wangi bukan kerana ingin menghilangkan bau yang kurang menyenangkan kerana Baginda saw itu sendiri LEBIH HARUM dari kasturi akan tetapi Baginda memakainya untuk menyatakan kepada umatnya tentang KEBAIKAN dan KEHARUSAN memakai minyak wangi.

Rasulullah sallallahu alaihi wasallam memakai MINYAK bagi rambutnya bukan untuk melindungi rambutnya dari kutu atau kelemumur, kerana Baginda dijaga oleh Allah hatta sehingga rambutnya sendiri tidak pernah dihinggapi oleh kutu, akan tetapi untuk menyatakan kepada umatnya perihal KEBAIKAN memakai minyak bagi rambut.

RASULULLAH SALLALLAHU ALAIHI WAALA ALIHI WASOBIHI WASALLAM MEMBUAT SESUATU KERANA TERINGATKAN UMATNYA.

2 comments:

  1. thanks for the sharing... Rasulullah sentiasa ingat dekat kita semua kan... :D terasa sweet sangat... :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. yep betul.. Rasullah sangat sweet. :)

      Delete