Monday, October 6

Mengenalpasti Samada Rakan Anda Sedang Mempunyai Masalah Dengan Pasangannya

Cik Hani | 21:07 | 0Comments |

Sebenarnya bukanlah susah pun untuk mengenalpasti samada rakan anda sedang mempunyai masalah dengan pasangannya atau pun tidak. Semua benda ni boleh anda ketahui dari Facebook dia je. Maybe dia tengah gaduh dengan awek dia ke, tengah merajuk dengan boyfriend ke, ataupun dia baru je lepas break.
1. Suka upload gambar sendiri – Sebelum ni jarang je pun dia upload gambar sendiri dekat Facebook. Tetapi sejak akhir-akhir ni banyak pulak gambar selfie yang dia share. Dan kebanyakannya pula gambar yang dia upload tu gambar dia tengah happy, bergelak ketawa tiba-tiba. Nak tunjuk yang dia takde apa-apa masalah. Menipu diri sendiri.
2. Post ayat-ayat motivasi – Satu lagi perkara yang anda boleh check adalah, dia sekarang ni banyak post ayat-ayat motivasi. Semua ayat tu lebih kepada untuk diri dia sendiri. sebab dia nak meningkatkan moral dia supaya dia tidak sedih dan boleh melupakan masalah yang alami.
3. Ayat-ayat sedih – Tetapi jangan terkejut pula sebab ada juga yang terang-terang menunjukkan yang dia dalam keadaan sedih. Seboleh-boleh dia nak orang tahu yang dia ni tengah ada masalah. So dia dapat la meraih simpati daripada rakan-rakan yang baca status dia tu.
4. Post lagu-lagu jiwang – Dan akhir sekali, dia akan banyak post lagu-lagu jiwang. Kalau lagu yang rancak tu, ok lagi. Tapi ni lagu-lagu orang yang kecewa. Contohnya macam lagu kumpulan Republik – Sandiwara Cinta. “Jujurlah sayang.. Aku tak mengapa…” Kan nampak sangat kecewa dia tu…
So kalau anda ada jumpa rakan-rakan yang berperangai macam ni, terpulanglah kepada anda samada nak layan ataupun tidak. Bagi saya, selalunya orang yang macam ni dia perlukan perhatian. Dia tengah down, so dia cuba gembirakan hati dia dan mengharapkan orang melayan dia.

No comments:

Post a Comment