Sunday, October 26

LEWAT UJIAN..

Cik Hani | 10:35 | 3Comments |
KADANG KITA INI;
SELALU MEMPERSOAL MENGAPA TUHAN MENGUJI;
MENGAPA TUHAN MENDUGA;
MENGAPA YANG BERAT INI KITA HADAPI;
SEDANGKAN PERLU KITA INGAT;
HATI KITA INI MILIK TUANNYA;
KITA INI SENDIRI KEPUNYAAN-NYA;
BERHAKLAH DIA MENGUJI;
MILIK DIA;
UJIAN TUHAN HADIRKAN BUKAN UNTUK DIA LIHAT HAMBA-NYA LEMAH;
MENJAUH DARI-NYA;
SEDANGKAN DIA INGIN KITA BANGUN;
SEDAR AKAN ALPAAN SELAMA INI;
BANGKIT MELIHAT SILAP LALU;
INI UJIAN;
SELAYAKNYA KITA INI TERUJI;
SEDANG NIKMAT JUGA UJIAN;
PADA MEREKA YANG BUTA;
TIDAKLAH UJIAN UNTUK MENJAUHKAN KITA;
ASALNYA UJIAN UNTUK KEMBALIKAN KITA SEMUA;
KE PANGKUAN TUHAN KITA;
LEWAT UJIAN ITU;
PENUH DENGAN KASIH SAYANG;
MILIK TUHAN KITA.

3 comments: