Thursday, October 9

Kenapa kita perlu bersifat Qana'ah, bukan Tamak ?

Cik Hani | 00:09 | 0Comments |
Allah swt sangat tidak menyukai manusia yang melampaui batas. Lantaran itu, sebagai umat Islam kita perlu berusaha memuuk sifat Qana'ah. Iaitu menerima dengan rela apa yang telah ditentukan oleh Allah untuk kita. Sifat ini perlu dipupuk dalam diri supaya sifat tamak tidak akan menguasai diri.

Sebab sifat Qana'ah perlu ada dalam diri

1. Supaya umat Islam tergolong dalam golongan orang-orang yang berjaya dan cukup rezekinya.

2. Supaya umat Islam sentiasa bersemangat untuk mencari rezeki yang halal tanpa rasa ragu dengan kemampuan yang dimiliki.

3. Sifat Qana'ah dapat mendidik diri supaya sentiasa bersyukur kepada nikmat Allah.

4. Supaya dapat mengikis sifat tamak dan haloba dalam usaha mencari dan memiliki harta serta pemberian Allah yang lainnya.

5. Menerbitkan sifat tawakal kepada Allah dalam setiap usaha dan tindakan.


Rasululllah saw juga sangat menegah umatnya daripada bersifat dengki dan iri hati sehingga sanggup menghalang rezeki orang lain.

Sabda Rasulullah saw yang bermaksud : "Jauhi sifat dengki kerana dengki itu memakan segala amalan kebajikan seperti api yang memakan kayu bakar."


Sifat dengki dan iri hati adalah suatu sifat yang sangat berbahaya. Ia boleh menghapuskan segala amalan kebaikan seseorang itu dan menyebabkan permusuhan di antara satu sama lain. Ia perlu dielakkan daripada hidup subur dalam diri manusia. Hidup akan lebih tenteram dan aman tanpanya.

Bagi manusia yang teguh imannya dan bersifat qana'ah, mereka akan turut gembira apabila orang lain menerima kebaikan dan diberi kurniaan. Mereka akan bersangka baik dan dalam masa yang sama akan terus berusaha, berdoa dan bertawakal untuk mendapat yang terbaik daripada limpah rahmatNya..


Banyak kelebihan Qana’ah.
Dan tiada yang digalakkan Allah, kecuali untuk kebaikan kita.

CIKHANI

No comments:

Post a Comment