Wednesday, October 1

Jaga makan untuk kesihatan jantung

Cik Hani | 20:23 | 0Comments |


Jantung, otot sebesar penumbuk merupakan organ yang paling kuat bekerja di dalam tubuh kita. Sepanjang hayat, purata denyutannya kira-kira 2 1/2 billion kali tanpa rehat.

Makanan memainkan peranan utama bagi kesihatan jantung. Diet dengan nutrien yang betul merupakan barisan hadapan pertahanan dalam mencegah penyakit jantung. Malah jika berlaku kerosakan arteri, sesetengah makanan mempunyai nutrien yang berkesan dalam menangguh, malah membalikkan penyakit jantung.

Senarai Makanan untuk Cegah Arteri Tersumbat
  1. Bijian Tulen : Oat, Barli, dan Beras Perang
  2. Walnut
  3. Limau Gedang
  4. Anggur Merah dan Ungu
  5. Epal
  6. Teh Hijau
Senarai Makanan Penyumbat Arteri
  1. Natrium : Garam
  2. Lemak Tepu
  3. Makanan banyak minyak
  4. Makanan segera lebih buruk
  5. Lemak Trans : sejumlah kecil berlaku secara semulajadi di dalam daging lembu dan makanan tenusu. Lemak trans tiruan terdapat dalam biskut, kraker, ising, kentang goreng, marjerin ketul dan bertih jagung ketuhar gelombang mikro. 
Makanan Penganjal Arteri
  1. Buahan dan Sayuran
  2. Makanan kaya kalium : betik, pear, mangga, oat, pisang, oren, aprikot, avokado, strawberi, kentang, tomato, timun, kubis, kubis bunga, terung, labu, kunyit, parsli, bayam dan brokoli
  3. Ikan
Makanan untuk Membersih Arteri
  1. Jus Delima : segelas jus delima yang diminum setiap hari boleh membersihkan arteri dan melancarkan pengaliran darah 
  2. Bawang Putih : membantu mengurangkan timbunan pada arteri. Ia juga berkesan untuk arteri yang tersumbat kerana ia melebarkan pembuluh darah dan merangsang peredaran darah.




Fakta-Fakta Menarik Tentang Jantung Anda.

1. Jantung merupakan pam berotot yang terletak di bahagian tengah ruang dada dan berperanan mengepam darah ke seluruh tubuh.
2. Dianggarkan jantung berdegup lebih kurang 3 billion kali bagi sepanjang hidup seseorang dan ia tidak pernah berehat semenjak mula berfungsi ketika janin berumur 1 bulan di dalam kandungan ibu lagi.
3. Fungsi utama jantung ialah membawa darah yang kaya dengan oksigen dan nutrien ke setiap sel di dalam tubuh badan sekaligus membawa sisa metabolisma untuk disingkirkan.
4. Kegagalan jantung berfungsi membawa padah terhadap kesihatan bahkan ianya boleh membawa maut.
5. Antara faktor yang boleh menjejaskan kesihatan jantung seperti gaya hidup moden yang tidak sihat dan aktif, pemakanan tidak seimbang, tekanan fizikal dan mental, dan sejarah perubatan keluarga.
6. Kecuaian mengawal faktor-faktor di atas boleh menyebabkan masalah jantung seperti penyakit koronari arteri, tekanan darah tinggi, hiperkolesterol, arterioskklerosis, aterosklerosis, serangan jantung dan juga strok.
7. Sejak lebih 20 tahun kebelakangan ini, penyakit berkaitan jantung merupakan pembunuh utama di Malaysia tanpa mengira jantina, kaum dan umur.
8. Perubahan dalam gaya hidup merangkumi pergaulan, pemakanan, cara menerima teguran dan pemikiran bukanlah suatu perkara mudah bagi semua orang tetapi anda mempunyai pilihan untuk menentukan yang terbaik bagi jantung anda!


Rujukan: Merck Manual of Medical Information.
UI: Sumber dari Utusan Pengguna


No comments:

Post a Comment