Tuesday, October 14

It's Okay

Cik Hani | 11:55 | 4Comments |
Hye hye korang.. hani baru balik dari interview tadi..
so far okay, diorang layan hani dengan baik.. mula-mula rasa cuak juga.
tapi buat biasa-biasa sudah. dia tak makan orang pun.
masa sampai kat sana, hani tak lepas perhatikan sekitar office tu..
hati merindu... mendayu dayu nak masuk semua office kat situ.. haha..
yela, dah lama tak jejakkan kaki kat situ.. lepas kakak hani berhenti kerja,
hani tak benarkan diri hani jejakkan kaki lagi kat situ. tapi. itula..
incik abang pula keja sana.. hihi... dah dapat interview ni..
hani cuba nasib je la.. dapat tak dapat itu urusan Allah...
bukan urusan hani.. sebab hani dah cuba sebaik mungkin dan cuba yang terbaik..


Hani sebenarnya pantang orang perlekehkan jurusan yang hani ambik ni..
walaupun sains komputer tu tak sehebat mana.. hani mengakulaa.. bukan senang
kita nak expert semua benda dalam satu hari.. orang yg bekerja pun perlukan 3 bulan
masa untuk sesuaikan diri dengan sesuatu pekerjaan tu kan.. dan itula yang hani jawab
masa pengurus besar tu tanya. hani tak suka orang pandang rendah pada jurusan hani.
so daripada rasa takut tu, ada rasa yakin nak menjawab. bukan melawan. tapi, dia tanya,
kita jawablah. ITS OKAY. yang penting hani dah usaha mempertahankan jurusan hani.
hello, bukan pngk yang orang pandang, tapi cara kita bercakap dan meyakinkan orang.
hani tak kisah apa tanggapan orang tu pada hani. yang penting, inilah diri hani.
hani rasa bangga, sebab hani mampu jadi diri hani sendiri. tak macam dulu,
ada rasa kekok, malu... mungkin sebab cara ajp yang buat hani rasa selesa untuk di interview..
selebihnya serah pada ALLAH.. 

Tapi tadi sempat jugalah telinga hani ni dengar budak-budak interview sama sekali dengan hani ni
sibuk puji incik abang hani. hani bangga tau. sebab yang dipuji tu incik abang hani. pegawai yang hensem.
okay tak kisah lagi, ini siap nak mengorat, memang sakit sakit sakit sakit hati mendengarnya!
rasa macam nak tenyeh3 je.. tapi hani ni tak nak emosi ni. nanti kata hani over pula.
janganlah ambik hak orang, itu hak hani okies. walaupun takde cop lagi, tapi HE IS MY MINE :)
kalau nak kerja situ, jadilah profesional sikit. ada ke patut cakap depan hani, dia semangat nak kerja
sebab dapat tengok muka incik abang hani tu hari-hari. tak ke terbakar hati mendengar?
hani tak tau macam mana muka hani boleh buat selamba je tadi siap buat muka blurr lagi.
nak mengelak dari rasa yang membara ni kan.. haha.. diorang tunjuk-tunjuk.. hani dah diam je..
dugaan betul laa kan.. tapi nak buat macam mana.. ciptaan Allah itu indah. hani terima orang puji.
tapi tak terima kalau diorang mengorat. hehe.

4 comments: