Thursday, October 30

Hari Demi Hari

Cik Hani | 13:42 | 2Comments |
Hari demi hari
aku belajar untuk melupakan.
belajar untuk merelakan.
belajar untuk tabah.
belajar untuk berjalan sendiri.

Hari demi hari 
aku cuba mengikhlaskan.
semua yang datang akan pergi.
yang tinggal cuma kenangan.

Hari demi hari
aku perlahan-lahan mencari redha ilahi,
mencari kekuatan yang hilang
mencari petunjuk
ke mana harus aku pergi.

Hari demi hari
aku doa supaya Tuhan hilangkan rasa duka ini
sebab aku nak bahagia macam orang lain
aku tak nak lagi sedih
rasa kecewa yang menyakitkan jiwa..

Moga 
tiap kamu merasa yang sama.
terus kuat hadapi semua ini.

'Kebahagiaan milik kita'..



2 comments:

  1. ye...kebahagiaan itu milik setiap insan..cuma cepat atau lambat sahaja.....
    have a nice day :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu.. kita hanya perlu bersabar, dan menanti hari itu.. terima kasih ye.. have a nice day too :)

      Delete