Sunday, October 5

Fikirkan lah...

Cik Hani | 00:40 | 0Comments |
Gunalah kemudahan yang tuhan bagi kepada kita untuk kebaikan bersama. Tuhan bagi kita perasaan untuk kita sedar akan tanggungjawab didalam diri agar lebih perihatin terhadap masyarakat amnya dan untuk diri khususnya. Tuhan beri kita akal untuk berfikir setiap tindakan kita adakah ia betul atau sebaliknya. Inilah yang membezakan setiap manusia dimuka bumi ini. Orang yang pandai menggunakan akal akan mudah mudah untuk mengawal emosi dan mengawal tindakan mereka.

Malanglah kepada seseorang yang gagal menggunakan emosi untuk lebih perihatin kepada orang lain dan gagal menggunakan akal untuk berfikir untuk mengolah kebaikan. Sedih, sedih, dan sedih apabila manusia yang telah diperlengkapkan dengan akal yang sama, hati yang satu, dengan mudah mengecewakan insan yang punyai akal dan hati yang sama seperti dirinya. Orang yang bodoh pendiam adalah lebih baik dari orang yang bodoh tapi banyak bercakap. Cerminlah diri sendiri sebelum memperkatakan sesuatu, adalah menjadi tanggungjawab masing-masing untuk menilai sejauh mana pengetahuan kita untuk memahami diri. Janganlah asyik mencari kecacatan orang lain sehingga kita lupa untuk memperbaiki diri sendiri. Pernahkah kita bertanyakan soalan apakah pandangan masyarakat sekitar terhadap kita? Adakah kita cukup yakin bahawa jawapan mereka positif terhadap kita? Kalau tindak balas mereka positif, apakah kita diberi kemudahan untuk memberi penjelasan yang kurang tepat terhadap orang lain? seandainya pandangan masyarakat adalah negatif.?. Apa pula Tindakan kita?  ia mungkin jalan kemudaratan untuk kita tempuhi.

Jika sesuatu perkara itu bersifat peribadi janganlah diceritakan perkara tersebut kepada orang lain. Tidakkah agama kita melarang kita membuka aib orang lain biarpun orang itu bersalah dalam konteks bersifat peribadi. Kita perlu sedar akan tanggungjawab diri kita dalam hal sebegini. Keadaan menjadi lebih parah lagi apabila, teknologi mengambil tempat dewasa ini. Ia dijadikan sumber untuk meluahkan segala kata hati, sehinggakan ia turut mengaibkan orang lain. Semua ini pasti dapat dibasmi dengan mudah seandainya kita bijak menggunakan akal, dan bijak mengurus emosi. Apakah hukum menjaga tepi kain orang lain dan kemudiannya mengolok-olokkan perkara tersebut?

Sebagaimana Firman Allah :
"Hai orang-orang yang beriman, janganlah suatu kaum mengolok-olok kaum yang lain.
Boleh jadi mereka yang diolok-olok lebih baik daripada mereka yang
mengolok-olok. Jangan pula para wanita mengolok-olok wanita-wanita lain. Boleh
jadi wanita-wanita yang diolok-olok lebih baik daripada para wanita yang
mengolok-olok. Janganlah kalian mencela diri kalian sendiri. Jangan pula kalian
saling memanggil dengan gelar-gelar yang buruk. Seburuk-buruk panggilan ialah
(panggilan) yang buruk sesudah iman. Siapa saja yang yang tidak bertaubat, mereka
itulah orang-orang yang zalim "(QS al-Hujurat[49]: 11)

Berdasarkan firman diatas jelas menunjukkan bahawasanya betapa Allah melarang kita mengolok-olokkan orang lain. Biarpun ia dilakukan dalam keadaan sindiran secara terus atau sebaliknya. Kita perlu sedar kasih sayang merupakan perkara yang amat ditekankan didalam diri. Tanpa kasih sayang kita mungkin  mudah untuk mengecewakan orang lain. Tanpa kasih sayang akal mungkin hilang pertimbangan. tanpa kasih sayang hati mungkin menjadi keras dan sombong. Semoga kita dijauhi memiliki sifat-sifat yang dilaknat oleh Allah SWT. 

Kita mungkin insan yang lemah, namun kelemahan tersebut bukanlah menjadi titik noktah kepada sesuatu kebaikan bersama. Banyak perkara yang perlu difikirkan sebelum mencoretkan sesuatu. Lebih baik kita menggunakan segala kemudahan untuk kebaikan dihati dan bukannya bersifat sindiran yang tidak tepat dan sebagainya. Banyak perkara yang kita tidak tahu dari apa yang kita ketahui. Sememangnya ia bersifat objektif untuk dijelaskan. Tapi kebenarannya mungkin nampak suatu hari nanti.

Rasulullah saw. bersabda:

Ada tiga perkara yang menggambarkan kecintaanmu kepada saudaramu: kamu
mengucapkan salam kepadanya ketika bertemu dengannya; meluaskan tempat untuknya
dalam majlis; memanggilnya dengan nama yang paling disukainya (HR al-Hakim ).

No comments:

Post a Comment