Monday, October 6

Erti hidup

Cik Hani | 12:53 | 0Comments |

Hidup ini adalah mencari mati yang sempurna.
Apabila insan melihat dunia daripada dimensi akhirat dia akan merasakan dunia ini sangat kecil kehidupan ini sangat luas. 
Ya, memandang Tuhan.
Ada orang di luar sana, ada orang walaupun hidup dalam Negara Islam, masih tetap tercari-cari apakah sebuah keindahan didalam agama Islam untuk lebih rapat kepada Allah SWT. Dan jangan hairan apabila ada orang yang belajar di universiti Islam, kolej Islam juga masih belum menemui Tuhannya. Masih tetap tidak mengenal Allah SWT, walaupun mereka tahu Allah SWT itu siapa. Sebab itu saya kata, jangan nilai seseorang itu berdasarkan dari mana dia belajar. Sebab itu bukan kayu pengukurnya untuk mengenal Allah SWT.
Bagi orang-orang yang pernah merasa kesamaran dalam mencari semula erti hidup, maka dia pasti faham bagaimana kesengsaraan jiwanya menanggung rasa kekosongan sehinggalah dia menemui makna yang sebenarnya kepada erti hidup. Erti hidup yang membawa untuk mengenal-Nya. Dan dia sangat merasa bahawa ruginya dia selama ini. Dalam kerugian itu, sudah pasti banyak titik noda dosa yang terkumpul. Baru terasa betapa hinanya diri sendiri.
Untuk sebuah erti hidup, jangan sesekali merasa hilang daya, hilang sebuah harapan terhadap Allah, Tuhan Yang Menguasai hati-hati manusia. Dan, sekali menemui erti hidup, maka banyakkanlah usaha untuk lebih membuat hidup bererti. Di dunia, mungkin setiap usaha kecil itu hanya akan dipandang tiada. Tapi percayalah bahawa di sisi Allah, yang kecil itu mungkin pembawa natijah yang besar dan begitu juga sebaliknya.
Semakin banyak berjalan mencari erti hidup, semakin banyak perkara yang disedari belum diketahui.
Namun apa yang pasti, pintu-Nya belum tertutup lagi!
Semoga ALLAH merahmati...

No comments:

Post a Comment